[VIDEO]“Dulu arwh nak bagi sendiri, tapi tk kesampaian..” Shuib Tunaikan Hajat Arwh kepada Tunku Azizah

Pelawak dan usahawan popular Shuib berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima koleksi tudung hasil bisnes arw4h isterinya, Siti Sarah.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Shuib berkata pemberian tersebut juga adalah tanda terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takzlah atas pemergian arwh isterinya pada tahun lalu.

“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri Agong yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat.

“Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya petang tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sementara itu, ibu tiri Allhyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra dipanggil Makder mengakui bahawa arwh sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong selain berhasrat untuk bertemu namun tidak kesampaian.

“Ti (nama panggilan Allahyarham), mesti kau tengah senyum sekarang ni kan… Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima @lovetahq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Makder (@suciuwais)

“Kalau arw4h ada mesti dia gembira sangat2 sekarang ni. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian.

“Dia mmg adore sangat dekat Raja Permaisuri Agong. Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti… Alhamdulillah,” tulisnya menerusi ruangan komen.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://transformasi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO]“Dulu arwh nak bagi sendiri, tapi tk kesampaian..” Shuib Tunaikan Hajat Arwh kepada Tunku Azizah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*