Menepati ramalan dan ‘kehendak’ netlzen, usahawan sensasi lqbal akhirnya diumumkan sebagai peserta pertama terslngkir dari program realiti Big Stage 2022 selepas mendapat markah yang terendah.
Kelibat Iqbal Tldak Muncul Di Sidang Media.Seperti kebiasaan dalam mana-mana program secara langsung, sesi sidang media akan diadakan usai tamatnya program tersebut.
View this post on Instagram
Namun, kelibat Iqbal tidak muncul sehingga diberitahu oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh bahawa pelantun Hujan itu terpaksa bergegas pulang kerana secara tiba-tiba mengalami msalah kesihatan.
“Saya baru diberitahu oleh pihak produksi selepas sesi penyingkiran tadi dia (lqbal) terus dibawa pulang. Katanya, dia tk sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut ” ujar Norzeha ketika ditemui Murai.my
lqbal Hanya Dapat 9.2%
Dalam minggu kedua program realiti itu, lqbal hanya mendapat markah sebanyak 9.2% dan dituruti komen yang ‘pedas’ daripada juri tetap, Ajai. Selain mempunyai banyak kesalahan di dalam persembahannya, Ajai dengan tegas menyifatkan Iqbal tidak mempunyai kredibiliti dan bakat sebagai seorang penyanyi.
“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan” tegur Ajai yang hanya memberikannya empat markah.
Imbas kembali, selain Ajai, Iqbal turut menerima markah rendah dari seorang lagi juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza yang memberikannya sebanyak 20 peratus. Manakala, penyanyi Aina Abdul yang diundang sebagai juri juara pula hanya memberikan Iqbal 10 peratus.
Sejak diumumkan sebagai peserta yang ke-12 Big Stage 2022, Iqbal terus dikecam hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut.
Dengan penyingkiran Iqbal, 11 peserta lain yang akan mara ke minggu seterusnya adalah Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal,Syafiq Abdillah, Megat Rahim dan Danial Chuer. Untuk info, Danial tidak dapat membuat persembahan pada minggu ini kerana mengalami dem@m panas.
Sumber : Murai
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : transformasi.pw
Be the first to comment on "“Dia tk slhat dan mungkin..” Akhlrnya Pihak Astro Buka Cerita Sesuatu Jadi Pada lqbal"