Dini Schatzmann Ded4h Per4ngai Janna Nick

Pasangan kekasih selebriti ini sering menarik perhatian warganet apabila mereka tidak segan untuk berkongsi momen ‘sweet’ bersama di laman sosial mereka sehingga membuatkan layar skrin telefon warganet ‘bersemut’.

Siapa mereka? Hah, selebriti yang dimaksudkan itu adalah tidak lain tidak bukan pelakon Nurul Jannah Muner atau Janna Nick dan kekasih hatinya, Dini Schatzmann!

Baru-baru ini, mereka digandingkan dalam sebuah drama berjudul ‘Marry Me Senorita’. Keserasian mereka menjadi bualan hangat para peminat yang mengganggap lakonan mereka begitu romantis.

Semalam, Dini memuat naik sekeping gambar sewaktu mereka berada di lokasi penggambaran drama terbabit. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan para peminat, perangai sebenar Janna Nick di sebalik kaca televisyen dan lakonan.

Menerusi gambar itu, dilihat Janna sedang menyentuh muka Dini bagi memastikan kekasih hatinya tampak ‘kemas’ dan ‘sedia’ sebelum sesi penggambaran bermula.

Janna kekasih yang ‘caring’

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dini Schatzmann (@dinischatzmann)

“Itulah Janna, dia selalu memastikan saya kelihatan okay. Rambut saya okay. Reaksi saya okay. Dialog saya okay. Emosi saya okay.

“Walaupun dia perlu fokus terhadap karakternya, dia masih membantu saya,” luah Dini di ruangan kapsyen.

Siapa sangka di sebalik perwatakan ‘gila-gila’ yang sering ditonjolkan oleh pelakon berusia 26 tahun itu di mata orang ramai, rupa-rupanya tersembunyi perangainya ‘caring’ terhadap insan tersayang. Alahai, comelnya Janna ni.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa terharu dan ‘cair’ melihat gelagat mereka berdua. Memang pasangan serasi lah!

‘Sweet’ sangat ni

Sampai semut pun datang

Pasangan melengkapi satu sama lain

Semoga Janna jodoh Allah untuk Dini

Dua2 comel

Terdahulu, Janna mengaku bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan jejaka kacukan Melayu-Switzerland tersebut sekitar bulan Jun tahun lalu. Semoga hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke syurga~ Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : klmenjerit 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dini Schatzmann Ded4h Per4ngai Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*