Berjaya Menawan Hati Zulin Aziz, Ini Profil Dan Fakta Menarik Farhan Norzaini Yg Ramai Tak Tahu

Setelah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 33, sah bergelar isteri kepada rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini,35, selepas dinikahkan di Masjid Negara pada jam 9.20 pagi tadi.

Dalam suasana mengikut prosedur operasi standard (SOP), pasangan mempelai diijabkabul dengan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @farhannorzaini

Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.

Pada majlis tersebut, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Bekas penyampai radio Suria FM itu berharap kehidupan bersama suami waktu mendatang akan dipermudahkan lantaran mengetahui fasa perkahwinan juga pasti akan ada cabarannya.

“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.

“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.

“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi baru. Alhamdulillah, hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.

Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan telah berjaya menambat hatinya.

“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.

“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan. Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya

Mengenai anak dan bulan madu, Zulin berkata, dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.

“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.

“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pand3mik cov1d-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.

Sementara itu, Farhan atau nama penuhnya, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita yang mempunyai hati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.

“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri. Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arw4h ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.

“Kami masing masing pernah melalui fasa dikec3wakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arw4h ibu pada Oktober tahun lalu.

“Di situ saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arw4h menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri lengkap semua itu,” katanya.

Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam.

Pereka Ezuwan Ismail dipertanggungjawabkan menyiapkan busana nikah dan majlis malam ini.

Pasangan ini bertunang pada 28 Januari lalu.

Senior Project Executive at Selangor Dredging Berhad

A senior project executive with hands-on experience in all levels of operations, technical, building maintenance, hospitality and handing over vacant possession (HOVP).

Pengalaman

Selangor Dredging Berhad

7 tahun 1 bulan

Senior Project Executive

Jul 2019 – Kini2 tahun 8 bulan

Project Executive

Feb 2015 Jun 2019 4 tahun 5 bulan

Building Executive- Henry Butcher Malaysia

Apr 2011Jan 2015 3 tahun 10 bulan

Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Technician- DoubleTree by Hilton

Apr 2010 Apr 2011 1 tahun 1 bulan Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Pendidikan

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pengalaman Sukarelawan

Volunteer- MyCARE Malaysia

Mac 2020 – Kini 2 tahun

Sumber: metro dan getaran.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://printlyrics.net

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Berjaya Menawan Hati Zulin Aziz, Ini Profil Dan Fakta Menarik Farhan Norzaini Yg Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*