[VIDEO] Isteri Remy Ishak Ootd Baju, Netizen Pula Teruja Nampak ‘Baby Bump’…Fasha Sandha siap bagi emoji botol susu!

PERKONGSIAN video isteri kepada aktor terkenal Remy Ishak iaitu Ezza Yusof di Instagram menarik perhatian netizen yang rata-ratanya mengharapkan berita baik tentang cahaya mata pertama.

Ezza yang memuat naik video dan foto OOTD (outfit of the day) menggayakan dress berwarna merah jambu menerima komen pengikut yang bertanyakan tentang perubahan perut seakan-akan ‘baby bump’.

Malah, rata-ratanya teruja dan mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata selepas tujuh bulan berumah tangga.

“Comelnya. Macam penampakan baby bump.

“Akak mengandung ke? kita doakan agar menjadi kenyataan,” tulis beberapa netizen di ruangan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝓔𝔃𝔃𝓪 𝓨𝓾𝓼𝓸𝓯 (@ezzarl)

Malah, pelakon Fasha Sandha turut mengatakan beg tangan yang digayakan Ezza itu seperti memberi petanda baik dengan meletakkan emoji botol susu.

“Yeay, dah guna beg saiz besar. Petanda baik itu. Nak kena isi macam-maca nanti. (emoji botol susu),” komen Fasha.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada Ezza dan Remy gagal apabila mereka tidak membalas mesej.

Remy bernikah dengan Ezza pada Ogos tahun lalu.

Usahawan jenama kasut 2morow itu turut meletakkan had untuk meninggalkan komen di laman Instagram miliknya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Remy mengakui dia sudah mula berfikir soal cahaya mata selepas lima bulan mendirikan rumah tangga.

Namun Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata dia dan isterinya kini sibuk dengan kerjaya serta belum pernah berbincang soal zuriat.

Untuk rekod, Remy bernikah dengan ahli perniagaan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusoff pada 21 Ogos 2021.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Isteri Remy Ishak Ootd Baju, Netizen Pula Teruja Nampak ‘Baby Bump’…Fasha Sandha siap bagi emoji botol susu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*