Erma Fatima B0ngkar Rahs1a Tentang Anak, Luahan Hatinya Buat Ramai Sedih

Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Senakal mana sekalipun si anak, hati kecil si ibu tidak akan mampu untuk membuang mereka dari kehidupan.

Itulah yang dapat digambarkan mengenai kasih dan sayangnya pelakon dan pengarah ternama tanah air, Erma Fatima dalam luahan rasa di laman Instagram peribadinya pada 2019 lalu.

Dalam entri tersebut, Erma berkongsi rahsia yang selama ini tidak diketahui umum. Anak ketiganya, Ahmad Aifin pernah dipenja.rakan sejak Mei 2016. Walaupun kasih dan sayang dicurah, ilmu pendidikan dibekalkan kepada Ahmad Aifin, namun, dia diduga dengan ujian yang amat berat itu.

“YA, anak saya kini bekas seorang ban.duan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua.

“Saya berkongsi semua ini bukan kerana mahukan simpati. Saya mahu berkongsi dengan semua anak muda di luar sana mengenai realiti hidup,” kata pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima mengenai kisah hidup anak angkat ketiganya, Ahmad Aifin, 23, yang baru dibebaskan dari penja.ra.

Erma, 54, atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad ketika dihubungi berkata, Ahmad dipenjara ketika dia berumur 21 tahun.

Namun katanya, dia belum bersedia berkongsi sebab anak angkatnya dipenjarakan.

Menurut Erma, dia tidak pernah melawat anaknya itu di penj.ara disebabkan kerana terlalu kecewa dan sedih.

Biarpun hati Erma kecewa, namun sebagai ibu dia tetap menerima takdir anaknya yang kini bekas seorang ban.duan.

“Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penja.ra kerana aku kecewa, sedih, hancur hati ini… Hanya keluarga lain yang pergi menziarahi dia.

“Semua dalam keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari pen.jara. Anak-anak aku yang lain jemput dia di pen.jara dan bawak pulang ke rumah.

“Semua takut aku tak terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya. Walaupun dia tinggalkan aku. Hancurkan hati aku tapi aku tetap ibu dia. Ye anak aku kini bekas seorang ban.duan,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma mengakui tidak malu memiliki anak sepertinya kerana menganggap itu adalah dugaan paling besar dalam hidupnya yang terpaksa ditempuh.

 

“Apabila saya minta izin berkongsi perkara ini, dia tanya saya, mama tak malu ke beritahu orang anak mama bekas band.uan?

“Saya cakap, tidak pernah malu memiliki anak dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup yang terpaksa ditempuh.

“Menerusi perkongsian ini, saya mahu keluarga yang memiliki anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan daripada cerita ini. Itu saja,” katanya.

Erma juga mengakui, anak yang dipelihara dari usia sehari itu kembali ke pangkuan bapa kandungnya ketika berusia belasan tahun.

“Satu hari atas percaturan orang tertentu, dia kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Pada Mei 2016, saya mendapat berita dia dita.ngkap p.olis dan dipenja.rakan.

Menurut Erma, dia ingin berkongsi perkara itu untuk golongan belia menyedari tentang realiti hidup.

“Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati. Aku mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.

“Aku mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita aku ini. Itu saja, nanti aku akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk pen.jara,” ujarnya.

Turut memberi sokongan dan doa yang terbaik buat Erma adalah adiknya sendiri iaitu pelakon Datin Seri Umie Aida menerusi komen di Instagram.

Selain Ahmad Aifin, Erma mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 28, Ahmad Arir, 26 dan Nurain, 15.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar, Instagram Erma Fatima

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Erma Fatima B0ngkar Rahs1a Tentang Anak, Luahan Hatinya Buat Ramai Sedih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*