“Salah Orang Awak Nak Kac4u“ Caprice ‘Perang’ Dengan Aaron Aziz, Gaduh Betul Atau ‘Marketing’?

Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendedahkan ada seorang artis yang tiba-tiba sahaja cuba cari pasal terhadapnya.

Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story yang dimuat naik 15 jam lalu, Caprice mengatakan individu berkenaan bermain ‘game’ dengan orang yang salah.

Penyanyi berkenaan turut mendakwa ia mungkin salah satu strategi ‘marketing’ iaitu dengan mempergunakan dirinya terlebih dahulu bagi melariskan produk.

“Tidak mengapa, saya cover dulu muka awak atas rasa hormat. Saya bagi peluang untuk abang fikir betul-betul.

“Lihat story seterusnya agar anda tahu OG sebenar. Sebelum artis lain masuk dalam industri, cuba teka siapa yang mulakan gelombang itu?” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Turut memuat naik perkongsian di IG ‘feed’, kedengaran suara seorang lelaki dipercayai milik pelakon Aaron Aziz.

Berdasarkan video berkenaan, kedengaran individu itu menyebut ayat ambil ‘beat’ dan buat lagu serta menyebut nama seseorang berserta komen yang ditulis.

Kedengaran juga perkataan ‘disposable’ yang selalunya merujuk pada ‘vape’.  Berkemungkinan dialog berkenaan diungkapkan ketika sesi ‘live’.

Meninjau di IG Aaron, aktor kelahiran Singapura itu membuat hantaran ‘panas’ di IG Story.

Beberapa minit lalu, Aaron memuat naik video memaparkan dia sedang bertikam lidah dengan Izuan Razali, pelakon yang baru-baru ini dikecam teruk gara-gara aksi ‘prank’ tepuk meja di sebuah restoran.

Berdasarkan video berkenaan, kedua-dua pelakon itu berada di sebuah kedai yang menjual barangan berkaitan rokok elektrik itu.

Namun video tersebut telah dipadam.

Perkongsian di IG Story dan feed tidak dapat dipastikan adakah merujuk pada orang yang sama atau pun individu berbeza.

Di akaun Tiktok Izuan pula, dia turut memuat naik video sama dengan kapsyen memohon maaf.

Sementara itu, di ruangan komen ‘posting’ Caprice, ramai percaya isu yang dibangkitkan hanyalah startegi pemasaran semata-mata.

 

Sumber: Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Salah Orang Awak Nak Kac4u“ Caprice ‘Perang’ Dengan Aaron Aziz, Gaduh Betul Atau ‘Marketing’?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*