“Terima Kasih Pilih Saya…,” – Izara Aishah Hiasi Kempen Naelofar Raya, Neelofa Puji Semua Gambar Cantik!

Pelakon Izara Aishah berterima kasih kepada rakan selebritinya, Neelofa selepas dia terpilih menghiasi kempen kempen Naelofar Raya 2022.

Menerusi Instagram, Izara ada berkongsi beberapa keping foto dia bersama model lain yang menggayakan koleksi tudung terbaharu jenama berkenaan sempena Syawal akan datang.

Malah menerusi ruangan komen, Neelofa turut teruja dengan menyatakan kesemua gambar terlihat cantik.

“MasyaAllah semua gambar cantik!!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for Raya,” tulis Neelofa.

“Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa,” Izara membalas.

 

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat memuji wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata itu di dalam menggayakan hijab bagi kempen berkenaan.

Malah umum sedia maklum, Neelofa dan Izara sememangnya sudah saling mengenali sebelum masing-masing menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih 10 tahun lalu.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Terima Kasih Pilih Saya…,” – Izara Aishah Hiasi Kempen Naelofar Raya, Neelofa Puji Semua Gambar Cantik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*