Pelakon sensasi Zul Ariffin dilaporkan bakal disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998.
Tindakan itu diambil susulan memuat naik kandungan jelik di media sosial, lapor Sinar Harian.
Kredit foto: IG Zul
“Zul Ariffin akan disiasat kerana hantaran YouTube yang menyalahi undang-undang,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-Kom), Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.
Dia menegaskan, pihaknya tidak membenarkan paparan sedemikian ditayangkan pada bila-bila masa sama ada bulan Ramadan atau bulan lain.
Menerusi perkongsiannya sebelum ini, Zul memuat naik rakaman teaser babak sensual bersama heroin drama iaitu Siti Hariesa di Instagram.
Kredit foto: IG Zul
Zul yang dihujani kritikan dan kecaman kemudian memadam kandungan berkenaan dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : cari
Be the first to comment on "“Bakal Disi4sat..” Apa Nasib Zul Ariffin?"