Pengeluaran RM10K diumumkan KWSP akan terbahagi secara bulanan atau sekaligus

Kuala Lumpur – Kebiasaannya peraturan biasa yang perlu dipatuhi oleh setiap pekerja adalah tidak menyentuh dana persaraan mereka, tidak kira apa juga yang berlaku.

Namun begitu, bukan semua orang memiliki kemampuan kewangan untuk bertahan dengan kejutan e.konomi yang dia.kibatkan oleh peristiwa besar seperti p.andemik CO.vID 19 dan langkah sekatan pergerakan untuk membendungnya.

Ekonomi Malaysia terjejas t.eruk ak.ibat daripada penularan pa.ndemik dengan kadar pengangguran naik mendadak kepada 5.3 peratus pada Mei 2020.

Bagaimanapun, impak ekonomi mula berkurangan pada suku keempat 2021 apabila kadar pengangguran susut kepada 4.3 peratus pada suku terbabit, paras terendah sejak pa.ndemik itu melanda negara, apabila permintaan terhadap tenaga kerja meningkat kembali di tengah-tengah pemulihan e.konomi.

Pengeluaran Terakhir

K.erajaan sebelum ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP membuat pengeluaran khas sebanyak RM 10,000.

Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi e.konomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Ke.rajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini ke.rajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM 10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen.

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

K.erajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM 101 b.ilion, melibatkan 7.34 j.uta pencarum sejak pa.ndemik C0VID 19 mela.nda negara dua tahun lalu.

Katanya, walaupun ker.ajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mend.esak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.

Pada 15 Januari lalu, M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lebih ramai ahli KWSP akan bersara di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan PGK sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tambahan.

Malah katanya, hampir separuh daripada ahli KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 dan 55 peratus daripadanya terdiri daripada Bumiputera.

KWSP Umum Informasi Baru

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas. Nantikan informasi terkini yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Kredit : BH/KWSP

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://mediabawang.net/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pengeluaran RM10K diumumkan KWSP akan terbahagi secara bulanan atau sekaligus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*