Bakal didakwa tanam g4nja dalam rumah, Ini kata2 Yasin Sulaiman kepada Syed Saddiq

KIRIM salam kepada Syed Saddiq. Demikian pesanan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman kepada wartawan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi Khamis.

Yassin adalah individu yang ditahan kerana mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman g4nja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Penyanyi dan komposer itu akan didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada pihak media.

Minggu lalu, kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer muzik menanam pokok g4nja terbongkar selepas kediamannya diserbu polis.

Dalam serbuan pada 5.30 petang, polis menemukan 17 pokok dalam pasu disyaki g4nja di bilik, balkoni rumah dan dalam almari baju.

Polis turut menemukan dua plastik berisi ketulan mampat daun kering disyaki g4nja seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) melihat pokok g4nja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini, hari ini. FOTO : FARIZ RUSADIO

Syed Saddiq minta kerajaan halalkan g4nja untuk perubatan

Kerajaan perlu ada keberanian moral untuk membincangkan secara terbuka kebaikan dan keburukan dalam meluluskan penggunaan g4nja di Malaysia terutama untuk tujuan perubatan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Parlimen hari ini, mengatakan langkah-langkah ini mesti diambil agar Malaysia tidak ketinggalan dalam industri ini, yang menurutnya bernilai lebih dari RM400 bilion dalam empat tahun akan datang.

“Saya harap pemerintah dapat mengemukakan kertas kerja yang telus, tulus, yang didorong oleh data dan sains mengenai kebaikan dan keburukan untuk membenarkan industri g4nja dan perubatan g4nja.

“Saya mengatakan ini kerana terdapat lebih dari 40 negara hari ini di mana kelulusan g4nja untuk perubatan telah diberikan. Pasaran semasa bernilai sekitar RM60 bilion dan dijangka, dalam jangka masa empat tahun, akan melebihi RM400 bilion.

“Kami tidak mahu Malaysia tertinggal lagi,” katanya , sambil menambahkan bagaimana Thailand adalah negara paling baru yang membenarkan g4nja perubatan.

Ketua Perikatan Bersatu Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, negara lain yang telah mempelopori usaha menghalalkan g4nja terutama untuk tujuan perubatan adalah Amerika Syarikat, Australia, Argentina, Kanada dan Denmark.

Syed Saddiq mendedahkan bagaimana Kabinet Pakatan Harapan, di mana beliau adalah sebahagian daripadanya, telah membincangkan mengenai kesan meluluskan g4nja perubatan dan rami, berdasarkan penyelidikan yang disokong oleh data dan sains.

Katanya, kerajaan tidak boleh menafikan topik ini 0semata-mata kerana sensitiviti masyarakat, sebaliknya perlu membuat keputusan berdasarkan data dan sains.

“Kita tidak boleh hanya kerana sensitif, membiarkan topik ini diketepikan, sementara kajian berdasarkan data dan sains telah membuktikan dengan jelas bahawa, sebagai contoh, kesan industri alkohol dan tembakau jauh lebih merosakkan daripada ini,” katanya.

Katanya, perlu ada keberanian moral untuk membincangkan perkara ini dengan fakta dan angka.

Beliau berharap kerajaan dapat membincangkan perkara itu termasuk dan meneliti data dan sains diikuti dengan membentuk jawatankuasa khas yang terdiri daripada industri dam agensi seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan untuk memastikan kawalan peraturannyas jelas.

Lama Tak Dengar Pasal Yasin Sulaiman, Ini Biodata Beliau. Bukan Calang2 Penyanyi

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, berpendapat, golongan yang menolak suntikan v4ksin berhak dengan pendirian diri masing-masing sama ada mahu berterusan memilih jalan itu.

Menurut Yasin, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan dia juga percaya bukan menjadi satu masalah buat negara sekiranya ada golongan yang tidak mahu menerima suntikan v4ksin.

“Di sekeliling saya ramai tak ambil v4ksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda v4ksin. Ikut kepercayaan masing-masing.

“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar v4ksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.

“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan v4ksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti v4ksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan v4ksin.

“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.

“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak v4ksin, itu baru masalah. Anti v4ksin bukanlah ancaman buat kita.

“Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

Yasin Sulaiman Kongsi Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bip0lar: “Sebelum Ini Saya Takut…”

Sejak kebelakangan ini banyak berita kurang enak mengenai tindakan yang diambil oleh segelintir individu yang mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental disiarkan akibat tekanan hidup selepas pandemik COVID 19 melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi mengekang virus ini.

Menerusi program terbitan Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee, hos iaitu Kak Gee bersama pakar psikologi klinikal Akif Basri membicarakan tentang masalah kesihatan mental agar ia mendapat perhatian yang lebih meluas serta pemahaman yang baik dalam kalangan masyarakat.

Salah seorang tetamu yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kesihatan mental adalah penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman.

Ikut berbicara mengenai topik Depresi: Luar Bahagia, Dalam Sengsara, Yasin yang didignosis menghidap Bipolar 10 tahun lalu mengaku terkejut saat pertama kali disahkan sakit.

“Sebenarnya pada awal saya salah didignosis iaitu stress. Tapi kemudian baru didignosis ada Bipolar.

“Saya sendiri tak tahu mengenai Bipolar. Masa tu pula saya sedang mencipta nama so bila didignosis saya rasa ‘eh aku dah gila ke apa ni?’” akui Yasin.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu kemudian mengaku mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh. Ironi dia sendiri tidak mahu masyarakat tahu, apalagi mengenangkan dirinya dikenali kerana karier sebagai seorang pelaku seni.

“Saya mendapatkan rawatan kerana mahu selesaikan masalah ini. Sebelumnya saya tak pergi sebab takut reputasi karier dan pandangan masyarakat terhadap saya. Jadi atas faktor itu saya kekalkan sebagai rahsia.

“Jadi kemudian adalah episod Bipolar ini terjadi. Saya ingat episod pertama berlaku saya tidak tidur dua minggu, jadi hyper. Saya buat lagu, kerja studio dan buat semua benda. Selepas dua minggu baru saya rasa tak sihat, saya tumbang, jadi saya pergi hospital untuk rawatan,” kata Yasin.

Tambah Yasin, hari ini dia berani berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang penghidap Bipolar kerana sudah berasa lebih sihat dari kehidupannya sebelum ini.

“Saya yakin jika sekarang ada orang yang masih menghidap Bipolar, dia tidak akan berkongsi hal ini.

“Dulu ya (takut pandangan orang). Dalam keadaan itu menyusahkan saya bila saya fikir apa orang fikir pasal saya. Tapi untuk sekarang, saya selesa dengan diri sendiri,” lanjut Yasin.

Biar pernah diuji dengan penyakit yang masih tabu dalam kalangan masyarakat untuk dibicarakan ini, Yasin bersyukur kerana diberi pengalaman dan pelajaran daripada ‘keistimewaan’ yang Allah berikan kepadanya.

Nak tahu lebih lanjut perkongsian Yasin mengenai penyakit ini dan tips bersama Akif, jangan lupa untuk tonton di platform Gempak.com dengan episod baharu pada setiap Khamis pukul 9 malam.

Siaran ulangan #Sembang Tepi Kak Gee juga boleh ditonton menerusi siaran di Astro Ria setiap Isnin pukul 9.30 malam atau anda juga boleh STRIM di Astro Go & On Demand serta dengarkan podcast #STKG di Anchor, Spotify.

Berikut Sedikit Info Biodata Yasin

Nama penuh Yasin: Mohamad Yasin bin Sulaiman

Asal: Kuala Lumpur

Tarikh lahir: 30 Oktober 1975

Umur: 41 tahun

Pekerjaan: Penyanyi, penerbit dan pencipta lagu

Keturunan: Kacukan Melayu dan Australia

Instagram Yasin: @yasinsulaiman

Biodata Duo Star 2016 Yasin Sulaiman

Yasin merupakan peserta Duo Star Astro yang berduet dengan Ila Damiaa sebagai pasangannya. Sebelum ini, Yasin merupakan bekas kumpulan nasyid terkenal iaitu Brothers.

Pencapaian Dan Kejayaan Yasin Sulaiman

Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”

Juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”

Album Pop Etnik Terbaik – Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 – “Salsabila”

Juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2003 – “Wassini” (Waheeda)

Naib Juara Lagu Terbaik – Anugerah Hits 1 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)

Lagu Paling Popular – Anugerah Planet Muzik 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)

(Finalis) Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 dan 2003

kredit: utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : limauasamboi

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bakal didakwa tanam g4nja dalam rumah, Ini kata2 Yasin Sulaiman kepada Syed Saddiq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*