“Awak duduk la..sebelum awak kemalangan sini…” -Lain yg diajar lain yg disebut, orang ramai terhibur

Muhd Syahmi Sazli dilahirkan pada 23 Mac tahun 1995 berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Syahmi Sazli merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit lagu dan selebriti internet Malaysia. 

Beliau mula dikenali ramai menerusi video klip pendek pertama arahannya, Beso Jate Pilih Rupo pada tahun 2017 dan sebagai pelakon dan pengarah filem sulungnya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan pada tahun 2020. Pada tahun 2021 juga dianugerahkan Ikon Pengarah Muda yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Muhammad Ashrul Hakim Bin Lukman atau dikenali sebagai Yoe Parey, dilahirkan pada tahun 1998 berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Beliau seorang pelakon menerusi video klip durasi pendek yang diarahkan oleh Syahmi Sazli dalam filem Mael Totey The Movie. Gelagatnya yang secara spontan dan selamba ini membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

Syahmi Sazli membuat perkongsian satu video klip durasi pendek di Youtube nya. Video ini menunjukkan beliau mengajar Yoe Parey untuk menyebut ayat dengan cara yang betul, tetapi reaksi Syahmi Sazli membuatkan orang ramai terhibur dan kering gusi melihat telatah nya menjawab dengan spontan.

Lihat video dibawah:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@are_nep83:awak duduk la sebelum awak kemalangan sini

@Zulbruno90:x sabar nak kelemangan raya ni

@Sekotai68: sabo cikgu….bulan puasa ni..

@𝐋ᴏɴɢ𝐉ᴀᴄᴋ_𝟗𝟔:mi patut cakap kelemangan pulak ,pasti yoe auto cakap kemalangan , cmni la klu nk ajar org pebetul ayat

@Dee:hari pertama puasa..dia da ingat lemang tu bang

@Mohd rizal:ini baru lawak spontan

Perkongsian video klip di Tiktok ini mendapat sambutan orang ramai sebanyak 77K penonton dan 2108 sukaan.

Min pun turut terhibur melihat gelagat Yoe Parey dan reaksi Syahmi menahan sabar mengajar beliau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Daebakings, Wikipedia dan Tiktok

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Awak duduk la..sebelum awak kemalangan sini…” -Lain yg diajar lain yg disebut, orang ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*