Ini Rupanya Bekas Isteri Dato Jamal Abdillah Ibu Kepada Zaki. Beliau Dedah Perangai Sebenar Zaki

SETELAH 13 tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri ketiga penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah, Fatimatuzahra Samat,36 tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula demi membesarkan anak tunggalnya, Ahmad Zaki Yamani,13.

Fatimatuzahra atau mesra dengan panggilan Ima lebih senang bersendirian demi memastikan anaknya mendapat sepenuh kasih sayang walaupun tidak mempunyai bapa untuk sama-sama membesarkannya.

Kesempatan bertemu dengan Ima baru-baru ini memberi peluang Bebasnews bertanyakan statusnya sekarang ini.

“Lepas bercerai tahun 2006 saya tak terfikir nak kahwin lagi. Saya lambat kahwin bukan kerana takut gagal kali kedua atau trauma dengan perkahwinan lalu. Waktu itu, saya hanya fikir nak besarkan Zaki dan beri kasih sayang yang tidak berbelah- bahagi kepadanya.

“Lebih kurang setahun lalu barulah saya buka hati ini untuk menerima cinta lelaki dalam hidup ini. Tak sangka saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga merupakan seorang duda. Kami sama-sama terlibat dalam dunia perniagaan dan ini membuatkan hubungan kami semakin rapat kerana dia banyak membantu memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

“Selain itu dia juga seorang lelaki yang baik,bertanggung jawab dan orangnya lebih ke arah keagamaan. Inilah ciri-ciri lelaki yang saya cari selama ini yang boleh membimbing saya dan Zaki kearah kebaikan,’’ kata Ima lagi.

Perkenalan lebih setahun ini membuatkan Ima, anak kelahiran Pontian, Johor ini sudah bersedia untuk berkahwin semula. Buat masa ini Ima masih mencari keserasian antara anaknya bersama lelaki pilihan hatinya ini.

“Saya masih tunggu Zaki dan teman baru saya ini serasi dulu. Saya buat begitu sebab saya tak mahu Zaki rasa tersisih kerana dia seorang budak yang sensitif. Sebagai ibu saya kena menjaga hatinya juga. Kalau okey semuanya, mungkin tahun depan kami akan berkahwin,’’ ujar Ima lagi.

Fatimatuzahra berkahwin dengan Datuk Jamal Abdillah ketika usianya 20 tahun. Fatimatuzahra yang berkelulusan Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan isteri ketiga Datuk Jamal Abdillah sebelum mereka bercerai pada tahun 2006.

Selain Ahmad Zaki Yamani, Datuk Jamal juga mempunyai seorang lagi anak lelaki Osama Yamani (kini menuntut di ASWARA) yang merupakan anak daripada isteri keduanya dan bakal menimang anak ketiga bersama isteri keempatnya.

Hujung tahun ke London

Setiap kali cuti persekolahan yang panjang, Ima lebih senang membawa Zaki melancong ke negara-negara Eropah. Walaupun sudah beberapa kali bercuti ke Kota London namun London juga tetap menjadi pilihan Ima untuk melancong pada hujung tahun ini.

Zaki kini menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal Luar, Kajang. Sebelum ini mereka sudah melancong ke Paris, Amsterdam, Belgium, Jerman dan Switzerland.

“Selain negara-negara berdekatan seperti Thailand dan Hong Kong saya gemar membawa Zaki bercuti ke negara-negara Eropah. Selalunya kami berdua akan bercuti selama dua minggu. Negara Eropah jadi pilihan kerana saya nak dia tengok dunia dan kenali budaya luar. Diharap pengalaman ini akan membuka mindanya untuk bersikap lebih terbuka,’’ tambah Ima lagi.

“S4lah Saya Rumah Tangga Dulu Tak Kekal, Ia Adalah Penyesalan Saya”- Datuk Jamal Abdillah

KUALA LUMPUR: Segmen khas untuk dua putera tersayang menjadi cara untuk Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah meluahkan apa yang terbuku dalam hati berhubung kegagalan rumah tangganya, pada Konsert Duo Legenda di Istana Budaya.

Jamal, 59, berkata, beliau akan mendendangkan lagu berjudul Kisah Ayah dan Anak dalam segmen itu yang ditujukan buat dua putera kesayangan, Osama Yamani, 17, dan Ahmad Zaki Yamani, 11, pada konsert empat hari mulai 20 Disember depan.

“Lagu itu mengisahkan perihal ayah dan ibu yang cuba mendirikan mahligai untuk kebahagiaan rumah tangga, tapi malangnya, tidak berjaya.

“Secara simboliknya, ia adalah penyesalan saya yang tidak dapat mendirikan mahligai diharapkan keluarga.

“Dengan cara ini, saya dapat menerangkan pada anak-anak bahawa saya bukan berniat untuk menganiaya sesiapa… Ini adalah takdir yang Allah tentukan.

“Mungkin dengan cara ini, anak-anak boleh memahami di mana saya sudah cuba memulihkan rumah tangga tapi tidak berjaya.

“Saya salahkan diri saya kerana tidak dapat mengemudi bahtera perkahwinan,” katanya pada sidang mengenai persiapan konsert yang menampilkan dirinya dan Datuk M Nasir di sini, hari ini.

Pada sidang media itu, Jamal ditemani isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 24.

Osama adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad.

Sebelum itu, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff.

Penyanyi Kekasih Awal dan Akhir ini tidak menolak kemungkinan anaknya, Osama akan bermain gitar bagi mengiringi persembahannya pada konsert itu.

“Buat masa ini, saya tak boleh janjikan kehadiran Osama. Ini kerana dia sedang sibuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mungkin selepas tamat nanti, saya akan berbincang dengan penganjur.

“Mungkin Osama akan tampil dalam slot terakhir bersama saya. Saya juga mungkin membawa Osama mengiringi persembahan sempena promosi konsert di televisyen (TV),” katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsertnya, Jamal dijangka mendendangkan rangkaian lagu popular seperti Penghujung Rindu, Bicara Cinta, Kau Lupa Janji dan Di Sudut Kamar Hati.

Manakala dalam sesi duet bersama Nasir, mereka akan menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih, Kiambang, Malam dan Ghazal Untuk Rabiah.

Paling istimewa, konsert itu menampilkan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang akan bermain biola dan penyanyi dari Australia yang mencipta nama di Malaysia, Cassidy Anderson.

Cassidy akan menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan bersama Jamal dan Dua Insan bersama Nasir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://khabar24media.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ini Rupanya Bekas Isteri Dato Jamal Abdillah Ibu Kepada Zaki. Beliau Dedah Perangai Sebenar Zaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*