MV Lagu Raya Aliff Syukri Terima Reaksi Negatif, “Jijik Betul Ye…”

Hari ini usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri telah melancarkan muzik video lagu raya yang dinyanyikan oleh dia dan isterinya. Namun rata-rata netizen memberikan reaksi yang kurang senang melihatkan muzik video yang dikongsikannya ini.

Menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang cukup teruja untuk menyambut ketibaan bulan penuh bermakna itu. Tetapi muzik video lagu raya dari usahawan ini telah menerima kritikan daripada mereka yang menonton.

Mana tidaknya, muzik video tersebut turut menampilkan barisan penari lelaki yang turut mencuri tumpuan ramai. Semuanya gara-gara aksi menggeletis mereka yang menari dengan gaya yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai untuk lagu raya.

Bukan itu sahaja, salah satu klip di mana Aliff Syukri dilihat terbaring di lantai bersama-sama penari lelaki yang lain dianggap tidak sesuai untuk ditonton. Apatah lagi muzik video tersebut dikongsikan pada bulan Ramadan seperti ini.

Ada juga yang mendakwa babak tersebut juga seolah-olah menyerupai penari di dalam lagu Britney Spears sahaja. Setakat ini, muzik video tersebut telahpun meraih lebih daripada 10,000 tontonan di laman YouTube sebaik sahaja ia dikongsikan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihatkan video yang dikongsikan ini. Malah ada yang menganggap video tersebut tidak menghormati bulan Ramadan yang mulia ini.

“Jijik betul ye.”

aliff syukri

“Penari dia aiyoo semua…”

lagu raya

“Apa benda ni.”

komen

“Geli pulak tengok, macam cacing kepanasan.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "MV Lagu Raya Aliff Syukri Terima Reaksi Negatif, “Jijik Betul Ye…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*