Akhirnya Halim Othman Muncul Selepas Isu Anaknya Berbintikan `Abdullah`, Ini Kata-Kata Daripada Halim Sendiri

“Memang saya tak daftarkan perkahwinan di Malaysia, sebab rumah tangga itu dah tak aman dan saya bersama ibu Myra akhirnya membawa haluan hidup masing-masing.”

Itulah penjelasan pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, berhubung identiti anak tunggalnya juga pelakon serta pengacara, Myra Natasya Abdullah yang tidak berbintikan nama Halim.

Menurut Halim, dia bersama bekas isteri, tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibunya.

“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah.

Bagi menjelaskan berita tentang identiti anak berbintikan Abdullah, penyampai radio Halim Othman memberitahu perkahwinannya bersama bekas isteri memang tidak didaftar dalam Malaysia kerana perkahwinan mereka sudah tidak aman lagi.

Menurut Halim, belum sampai setahun hidup bersama ketika tahun 1994, dia bersama bekas isteri sudah tidak duduk sebumbung ketika Myra atau nama sebenar Myra Natasha Abdullah dilahirkan ketika tahun 1995.

Saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya. Sebab saya tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu.

Halim berkata, Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya, Yusnita sejak mereka berpisah.

Katanya lagi, disebabkan sibuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan percera1an dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 selepas Myra berusia tiga tahun.

Ditanya juga mengenai rasa kesalnya, Halim berkata itu memang tidak dapat dinafikan kerana melihat anak sendiri yang berbintikan Abdullah dan pada mulanya, dia memang berasa kurang selesa dan tak berpuas hati.

“Tetapi, apabila dah tersedar sekarang, saya terimalah hakikat Myra binti Abdullah itu dan percaya ada rahmat di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah Maha Tahu.

“Malah, bila mana saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang.

“Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” katanya.

Mengulas juga mengenai komen netizen, Halim berkata dia gembira dan kagum apabila secara keseluruhannya kisah Myra diterima baik oleh orang ramai.

Katanya, walaupun ada segelintir netizen yang membuat spekulasi, tak mengapa sebab semua orang ada hak atas pandangan sendiri.

“Saya terima semua komen yang baik-baik ditulis itu. Saya juga tak mar4h dengan komen yang sebaliknya daripada netizen. Begitu juga dengan penjelasan saya ini, terpulanglah kepada mereka nak terima atau mahu fikir apa. Terserah,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Sedikit info mengenai Halim Othman

Abdul Halim Othman (lahir 28 September 1964) merupakan seorang juruhebah radio dan pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kemaman, Terengganu. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), Terengganu. Beliau juga adalah pengacara Roda Impian sebelum digantikan dengan Hani Mohsin dan juga menjadi hos bagi rancangan Halim Othman Live di Astro Ria.

Halim memulakan kerjaya awal sebagai pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1993, beliau yang lebih mesra dengan gelaran HO terus popular dan melekat di ‘minda’ peminat tanah air sebagai seorang pengacara televisyen dan penyampai radio dengan gaya tersendiri.

Selepas menimba pengalaman sebagai pengacara SPM, Halim terus melangkah jauh apabila dipilih menjadi hos rancangan Roda Impian yang sememangnya diminati ramai pada 1996.

Pada awal kemunculan, beliau dikenali menerusi stesen radio Era sebagai krew pagi di ERA. Digandingkan bersama Khairil Rashid, selepas itu Linda Onn, beliau amat diminati menerusi suara beliau yang gemersik. Menerusi ERA juga, beliau berjaya memenangi Anugerah Penyampai Radio Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular selama 4 tahun berturut-turut. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Khairil, Linda, Kudsia Kahar, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed.

Setelah kejayaan yang dikecapi, pengurusan ERA telah memindahkan beliau dari stesen berkenaan ke stesen radio retro terkenal Malaysia, Sinar FM. Bersama Sinar, beliau berjaya mencipta nama tersendiri dengan membentuk kumpulan pendengar yang pelbagai peringkat umur.

Pada 18 Januari 2008, Halim mengumumkan persaraannya dari kerjaya penyiarannya sekaligus menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio sambil menyatakan ingin menumpukan perhatian kepada bidang penulisan seni kaligrafi.

Pada Januari 2010, Halim mengambil keputusan untuk menyertai stesen radio Suria FM sekaligus mengejutkan ramai. Turut menyertai stesen tersebut ialah penyampai radio wanita popular, Linda Onn. Kehadiran Halim yang mengendalikan Breakfast@Suria pukul 6pagi hingga 10 pagi bersama Zizi dan Viviana Layola serta berganding bersama Linda dalam Suria 20 ternyata berjaya menaikkan rating stesen tersebut dengan kenaikan 100% pendengar pada Mei 2010.

Pada April 2016, Beliau kembali ke kaca TV selepas hampir sedekad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : BN | HM online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Halim Othman Muncul Selepas Isu Anaknya Berbintikan `Abdullah`, Ini Kata-Kata Daripada Halim Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*