Patutlah Nak S4man 1 Juta, Rupanya Ini Yg Damian Mikhail Cakap..

Komposer, penerbit lagu dan salah seorag ahli kumpulan V.E, Damian Mikhail tampil bersuara terhadap kontroversi yang melibatkan usahawan kosmetik yang dikenalli berikutan video lagu raya terbaharu yang dikatakan mencolok mata dan bertentangan dengan budaya tempatan.

“Pasal Nak MEMONDAN”

Menerusi hantaran di Instagram, Damian menyatakan bahawa dia melihat usahawan kosmetik ini menghasilkan video sebegitu bukanlah untuk publisiti ataupun wang dan menganggap sekadar mahu ‘memondan’ dalam video tersebut.

“Aku nampak motif dia ni sebenarnya bukan untuk publisiti mahupun duit. Dua-dua dia dah ada dan boleh dapat dengan senang. Tujuan video ni dibuat satu je. Pasal nak MEMONDAN. Tu je. Coming out the closet gitu.”-Damian

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat itu adalah urusan usahawan ini dengan Allah jika mahu ‘memondan’ dan menganggap tidak sesuai untuk mempromosikan video sebegitu pada bulan Ramadan.

“Ko nak MEMONDAN tu punya hal  dengan Allah. Tapi nak promote benda-benda macam tu masa Ramadhan? Ko ni level sial yang lain Lip.”-Tegas Damian

Disokong Netizen & Rakan Artis

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menyokong apa yang diperkatakan oleh Damian malah ada yang menganggap tindakan usahawan kosmetik itu telah memalukan agama.

“I even taknak buka link orang share or tengok pun. Orang share lagi banytak bikin viral, itu yang dia suka.”-Ila Damia

“Memalukan agama.”

“Selepas tertengok video dia, saya rasa video DSV tu takde ape sangat kalau nak compare. Tapi saya memang sangat menyampah. Apa kejadahnya video gitu. Gotta take em down lah. Tak sesuai”

“Nampak sangat liberal si Alip tu.”

Baru-baru ini menerusi  Berita Harian, usahawan ini merayu kepada semua pihak agar tidak melibatkan keluarganya dalam isi video lagu raya nya yang telah mengundang kemarahan orang ramai. Dia juga memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Aliff Syukri Mahu S4man 1 Juta Individu Yang Cakap Dirinya Mem0ndan

Kuala Lumpur: Usahawan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu juga penyanyi yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu Kelepok Raya.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan.

“Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

“Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Aliff Syukri berkata, tindakan individu itu adalah tidak wajar selain sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

“Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

“Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa,” katanya.

‘Kalau tak suka cakap baik-baik’

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan tindakan pereka fesyen Ezuwan Ismail yang membuat hantaran berbaur sindiran terhadap dirinya di Instagram adalah kurang manis.

Aliff Syukri berkata, dia terkejut kerana dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pereka fesyen itu.

“Sejujurnya, saya sudah lama tidak tempah baju dengan dia. Saya tak kacau pun hidup dia, jadi dia tak perlu kacau saya. Kalau tak suka, cakap baik-baik atau mesej. Kurang manis tindakannya itu. Saya terkejut dan mesej dia di Instagram (DM) tanya apa masalah dia dengan saya.

“Bagi saya, apabila bercakap mengenai muzik dan menjadi nombor satu, ia bukan lagi soal suara sedap atau tidak, tapi ia mengenai ‘trending’. Saya tak bayar pun YouTube. Saya buat lagu bukan nak bersaing dengan sesiapa. Jadi, pada akhirnya saya berasa buat baik pun orang suka. Tak perlu nak buat kontroversi,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai lagu raya berjudul Lala Raya yang masih kekal di kedudukan teratas carta ‘trending’ YouTube, Aliff berkata dia merakamkan lagu itu sekadar suka-suka.

“Saya bersyukur sebab penat jerih akhirnya memberi hasil walaupun tak ada kontroversi. Pada awalnya suka-suka saja. Saya rakamkan lagu ini pun bukan untuk tujuan tular dan nombor satu.

“Saya pun tidak mendapat sokongan TV dan radio. Saya hanya di pinggiran. Jadi, apabila nombor satu, alhamdulillah. Awalnya sedih juga, sebab dari awal lagi orang sudah pertikaikan dan tetap cakap saya buat pemasaran.

“Saya buat lagu ini saya ‘acah’ menjadi artis. Tapi ‘trending’ lah juga. Saya buat untuk kepuasan peribadi. Walaupun TV dan radio tak mainkan lagu ini, tidak mengapa.

Saya tak tahu apa kurang saya. Artis baru pun jumlah tontonan ratus ribu saja, tapi masih mendapat sokongan,” katanya yang juga duta baju Melayu CaryaZara.

Video muzik lagu ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang dimuat naik sejak 3 Mei itu sudah mencecah lebih sejuta tontonan.

Sumber: Metro dan Murai.com

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://bigonewzz.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Patutlah Nak S4man 1 Juta, Rupanya Ini Yg Damian Mikhail Cakap.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*