Azmin Ali ziarah pusara Haron Din di California. Rupanya ada kisah kenapa jenazah kebumi di AS

SHAH ALAM – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California pada Ahad (waktu tempatan).

Ketika ziarah tersebut, beliau berkesempatan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin malah menzahirkan perasaan sedih di atas pemergian Allahyarham.

“Saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT semoga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat ALLAH SWT,” kongsinya di Facebook milik beliau, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan perasaan rindu terhadap Allahyarham Haron, yang merupakan seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan rantau.

Mohamed Azmin berkata, selain tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektual dan tradisi keilmuan, Allahyarham memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan Al-Quran.

“Kecintaan Tuan Guru terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam.

“Usaha ini yang ‘membidankan’ pertemuan kami di Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk Kerajaan Negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi,” katanya.

Mengenali sosok Allahyarham secara peribadi serta menyedari tekad Allahyarham terhadap usaha membangunkan umat yang cerdas dengan ilmu dan lengkap dengan amal, maka beliau telah meluluskan peruntukan RM4 juta demi kemaslahatan ummah sekali gus merancakkan perkembangan syiar Islam di Selangor.

Keluarga perjelas kebumi Haron Din di AS

Dalam nukilan panjang lebar penuh emosi dari California itu, Dr Huda berkali-kali memohon maaf kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpinan tanah air atas keputusan keluarganya mengebumikan Allahyarham di luar negara.

Katanya, mereka lima beradik bersama ibu sepakat dengan keputusan itu selepas mengambil kira pesanan Allahyarham yang mahu dikebumikan di tempatnya meninggal dunia.

“Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pulak berjam2 malah berhari2 dalam peti ais. Pulak tu perlu melalui ’embalm’ (pengawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf.

“Walaupun ramai yang telah menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangkamasa 7 hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya.

“Hatta jika tanya hati kecil saya yang memang mementingkan diri sendiri, tentunya saya mahu baba dekat bersama-sama kita. Biar ingatan tidak padam sampai bila-bila kerana batu tandanya dekat dengan kita. Biar kita mampu ziarah hari-hari. Biar semua yang lain dapat ziarah berkali-kali. Biar ada depan mata.

“Itu kehendak kita dan saya rasa juga kehendak ramai lagi yang sayangkan baba. Tapi apakah keputusan itu tepat untuk baba?

“Menyegerakan pengendalian dan penyelenggaraan jenazah juga dituntut syara’. Kita rasa baba milik kita, sebenarnya baba milik Allah,” katanya sambil mengulangi permohonan maaf keluarga di akhir catatan itu.

kredit: sinar harian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trending

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Azmin Ali ziarah pusara Haron Din di California. Rupanya ada kisah kenapa jenazah kebumi di AS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*