“Sila Tag Kak KM, Apa Ntah Nama Dia,” – Elly Mazlein Kongsi Pendapat Isu ‘Tutup’ Wajah Anak

Baru-baru ini, usahawan kosmetik sensasi Kak KM atau nama Liana Rosli menyuarakan pendapat mengenai selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Lalu, warganet memberikan reaksi pelbagai termasuk selebriti Elly Mazlein yang turut berkongsikan pendapatnya.

Elly memaklumkan, ia adalah hak masing-masing untuk membuat pilihan.

“Buat pilihan sendiri. Pilihlah bahagia. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari dunia glamour. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka.

“Jgn pelik sangat, benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan. Adoi banyak lagi benda lain nak buat content.

“Jgn sentuh hal anak-anak dan manusia ada hak untuk buat pilihan. Sila tag Kak KM apa ntah nama dia, terima kasih,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Dalam ruangan komen, ramai pengikut bersetuju dengan pendapat Elly bahawa usahawan perniagaan jamu itu tidak perlu mempertikaikan tindakan ibu bapa lain sama ada mendedahkan atau ‘menyimpan’ wajah anak mereka. Kita buat yang terbaik, masing2 ada pilihan sendiri.

Macam dia tayang aset sana sini, hak dia juga

Anak kita.. pedulikan orang lain

Betul itu hak individu … biarlah kita bahagia cara kita

Sejak kebelakangan ini kecoh segelintir artis yang baru bersalin dengan memuat naik gambar bayi tersebut, namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.

Apabila diajukan soalan mengenai punca tidak mendedahkan wajah anak, ia adalah sebab bagi mengelakkan bayi mereka terkena penyaklt aln.

 

Kak KM akui rlmas dan tak faham tujuan kongsi gambar. Baru-baru ini, usahawan cantik kontroversi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM meluahkan perasaan rimas dengan tindakan segelintir selebriti itu.

“Saya rimas dan tidak faham alasan berkongsi gambar anak selepas bersalin tetapi enggan mendedahkan wajah sebenar. Ada pula yang sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi saja,” kata kak KM.

Masa hamil boleh kongsi pulak perkembangan

Tambah anak kepada pelakon veteran, Normah Damanharuri, dia pelik dengan sikap segelintir daripada mereka, di mana aktif berkongsi setiap perkembangan diri semasa hamil, tetapi bukan selepas bersalin.

“Jika tempoh hamil boleh kongsi perkembangan diri, kenapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita bersyukur dengan pemberian oleh-Nya,”ujar Kak KM kepada mStar.

Apa yang penting niat kita. Pada masa yang sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengatakan ibu bapa di luar sana sepatutnya tidak perlu berasa bimbang untuk berkongsi wajah anak mereka kepada orang ramai, sekiranya niat kita baik.

“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira dan bukannya berfikiran buruk.

“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu berkongsi gambar anak sebab takvt terkena santav atau perbuatan j4hat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan seperti itu kalau kita tidak buat salah?”jelasnya.

Mereka pun boleh doakan anak kita juga…

Jelas Kak KM, tidak menjadi kesalahan jika mendedahkan wajah anak tersebut kerana orang ramai boleh mendoakan kesejahteraan bayi tersebut.

Untuk rekod, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli mempunyai empat orang cahaya, iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sila Tag Kak KM, Apa Ntah Nama Dia,” – Elly Mazlein Kongsi Pendapat Isu ‘Tutup’ Wajah Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*