“Seronok Tak Jadi Kaya?”- Wawa Zainal Balas Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tampil menjawab persoalan peminat mengenai adakah dirinya berasa seronok apabila menjadi seorang yang kaya-raya sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.

“Seronok tak menjadi kaya?”-Soal peminat di Instagram

Orang Luar Hanya Lihat Apa Yang Indah Sahaja

Wawa kemudian menjelaskan bahawa mereka bekerja keras untuk merasai apa yang dimiliki sekarang dan orang luar hanya melihat apa yang indah sahaja.

“Kami bekerja sangat sangat keras untuk apa kami ada. Sejujurnya orang orang nampak yang manis-manis je.”-Wawa Zainal

Terlalu Sibuk Fikirkan Perniagaan

Tambahnya lagi, Wawa turut menceritakan bahawa dirinya terlalu sibuk memikirkan perniagaannya walaupun dilihat sering melakukan OOTD ketika berjalan bersama keluarga.

“Orang nampak wawa ootd jalan kesana kesini. Tapi sebenarnya saya sangat sangat busy memikirkan company, memikirkan marketing, memikirkan macam mana nak maintain & sustain, kalau wawa tak fikir semua tu. Macam mana dengan wawa cosmetics yang ramai staff.”-Wawa Zainal

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon kacak, Aeril Zafrel ini memberitahu kadangkala orang lain tidak melihat usaha yang dilakukan mereka sehinggakan bermimpi mengenai perniagaannya, Wawa Cosmetics.

“Tapi kadang-kadang effort kita orang tak nampak . Sebelum tido kena fikir tentang WAWA..Esok celik mata je fikir WAWA. Kadang-kadang mimpi pun all about WAWA.”-Wawa Zainal

Sekadar info, pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Aya Soffya, dan Muhammad Fahri.

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://murai.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Seronok Tak Jadi Kaya?”- Wawa Zainal Balas Komen Peminat & Akui Hidupnya Memang Nampak Manis Tpi Sebenarnya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*