Penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan warga emas, Ahad lalu.
Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Su, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Zainol Din Hussain di Padang Jawa di sini pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.
Ia adalah kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa atau saksi berkaitan kes berkenaan.
Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Soh merupakan seorang juruteknik syarikat automotif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang warga emas dengan sengaja di Padang Jawa selepas dibawa oleh pegawai polis di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2022 – Malaysia Gazette
Tertuduh yang diwakili peguam Abi Mursyidin Awal memohon agar anak guamnya dikenakan ikat jamin pada kadar rendah kerana dia hanya bekerja sebagai mekanik serta perlu menanggung ibu bapanya di kampung.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi berkaitan.
Ahad lalu, seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini.
Kejadian itu tular di media sosial.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Sedia Maafkan
terhadapnya adalah keterlaluan dan sukar diterimanya.
“Tujuan utama saya mengadakan sidang media ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai andaian yang tidak tepat pada diri saya, contoh ada yang mengatakan saya dipukul pasal perempuan, langgar orang dan beri duit RM200. Saya tidak sanggup lagi baca komen-komen berkenaan, mental saya tidak kuat.
“Saya tidak ada tunjuk isyarat tidak senonoh saya sudah tua. Saya kena malu dengan diri saya dan dengan Tuhan saya tidak ada buat benda begitu jujur memang tidak ada,” katanya.
Zainoldin berkata demikian ketika sidang media yang diadakan di kediamannya di Kampung Padang Jawa, dekat sini, bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan terhadapnya dia dipukul penunggang motosikal tersebut pada Ahad lalu.
Penunggang motosikal tersebut direman selama empat hari bermula Isnin yang lalu dan kes disiasat di bawah disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan
Mengimbas kembali kejadian itu, Zainoldin berkata, dia berada di simpang sebelum membelok ke kanan menuju ke Alam Avenue.
Katanya, secara tiba-tiba penunggang motosikal itu menjerit kepadanya sebelum memukulnya beberapa kali.
Bimbang tentang kesihatannya selepas menjalani dialisis sehari sebelum kejadian, Zainoldin berkata, beliau hanya memikirkan untuk memastikan lengan kirinya tidak cedera semasa ditumbuk pemuda itu.
Mangsa, Zainoldin Hussain ketika bercakap pada sidang media mengenai diserang oleh seorang penunggang motosikal di Kampung Padang Jawa Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 MEI 2022.
Jelas beliau, ini kerana lengan kirinya merupakan tempat saluran tiub dialisis dimasukkan setiap kali menerima rawatan.
“Masa nak naik jambatan saya duduk sebelah kanan, saya tidak pasti motor itu sudah ada di belakang saya. Masa itu tiba-tiba saya dengar orang menjerit sahaja saya tidak pasti apa dia jerit.
“Jadi saya berhentikan kereta saya sebab saya nak ambil tahu adakah saya langgar dia atau dia langgar saya, saya nak tengok keadaan kereta saya. Lepas itu dia patah balik meluru ke arah saya, tidak cakap banyak terus terajang saya,” tambahnya.
Ekoran kejadian itu, warga emas berkenaan cedera di muka, bahagian kepala, mata kiri dan rusuk.
Meskipun begitu, Zainoldin enggan memanjangkan isu berkenaan dan beliau mengambil pendekatan memaafkan perbuatan penunggang motosikal berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.
“Saya anggap pemuda itu macam anak saya. Saya sebagai orang tua perlu ada rasa kasih sayang dan orang muda perlu hormat kita. Kalau dia datang pun saya akan maafkan dia dengan ikhlas,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembangunan dan Keselamatan Kampung Padang Jawa, Mohd Azri Said yang hadir pada sidang media tersebut berharap kejadian berkenaan tidak akan berulang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Akibat Pvkul Org Tua Tengah Jalan, Ini Hvkuman Yg Bakal Lelaki Ni Terima"