Pasangan Remaja Berumur 14 Tahun Nikah Tarik Perhatian, Hanya Terima Mas Kahwin RM2k

Walaupun hanya berusia 14 tahun ianya bukan satu penghalang buat satu pasangan di Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat (Sulbar), Indonesia yang dikenali sebagai NA dan UL untuk mendirikan rumah tangga sebelum kisah mereka tular di laman Facebook.

Kalau dah jodoh!

Foto: Rumah Kreatif

Memetik laporan Detik.com, pihak pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak Rp 7 Juta (anggaran RM2,102.95) dan foto-foto majlis tersebut telah dikongsi menerusi pemilik akaun dikenali sebagai Rumah Kreatif. Ujar pemilik Facebook, Kiki Afrizal, dia mengesahkan pasangan pengantin itu merupakan bawah umur.

Keduanya masih kanak-kanak. Ketika saya melihat mereka saya juga tersenyum,

Jelasnya lagi, kedua-dua pasangan itu merupakan pelajar sekolah rendah dan dia sekali lagi menegaskan mereka berdua berusia 14 tahun.

Kalau tak silap saya, kedua-duanya baru berusia 14 tahun. Masih di sekolah rendah, tetapi sekolahnya berbeza.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Dusun Landa, Desa Taan, Kecamatan Tapalang, pada Selasa yang lalu dan perkahwinan tersebut berlangsung atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Sumber: Detik.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pasangan Remaja Berumur 14 Tahun Nikah Tarik Perhatian, Hanya Terima Mas Kahwin RM2k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*