[VIDEO] ‘Saya terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta tunai’

 “Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta tunai.”

Demikianlah kata-kata seorang pengantin lelaki yang tersalah menyebut nilai mas kahwin dalam acara akad nikah baru-baru ini.

Situasi menghiburkan itu sempat dirakam oleh tetamu yang turut hadir ketika majlis dijalankan.

Menerusi video yang dimuat naik pengantin tersebut @msamdanial di media sosial, dapat dilihat reaksi orang ramai terkejut ketika mendengar nilai mas kahwin setinggi itu selain kedengaran suara tok kadi beristighfar dengan situasi yang berlaku.

Kapsyen yang ditinggalkan pengantin juga membuatkan ramai ‘geli hati’ dan dia turut mengakui sedang dalam keadaan gementar ketika itu.

“Gementar akad nikah punya pasal sampai aku punya mas kahwin jadi RM500 juta tunai,” katanya.

Video:

@msamdanial

NERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂

♬ original sound – Sam Danial – Sam Danial

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang turut terkejut mendengar nilai mas kahwin yang disebutkan dan ada juga pengguna sempat berseloroh kononya pengantin tersebut baru sahaja memenangi ‘durian runtuh’.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Kosmo

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Saya terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta tunai’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*