Kant0i ‘Tersengih’ Nampak Syifa Melvin, Perubahan Mula Safawi Masa ‘Live’ Tarik Perhatian

Perlawanan antara skuad negara menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan 70 ribu penonton dan penyokong yang memberi sokongan.

Walaubagaimanapun, pasukan berkenaan terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pihak lawan apabila tewas 1-2 malam tadi.

Turut hadir semalam termasuklah Syifa Melvin dan keluarga, demi memberi sokongan buat kekasih hati, Safawi Rasid yang bermain untuk Harimau Malaya.

“Hadir tapi lencun.”

Tersenyum tengok kekasih hati, terus tunduk bila kantoi

Dirakam lensa TV, Syifa dilihat sangat cantik dan ketika itu, Safawi sempat memerhatikan aksi kekasih hatinya sambil tersenyum.

Tanpa sedar, kamera tiba-tiba beralih pandangan dan fokus pada Safawi yang kemudian tertunduk malu apabila gelagatnya memerhatikan Syifa ‘ditangkap’.

“Cameraman pon macam tahu2 je…”

Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan berkenaan yang malu-malu apabila reaksi mereka tertangkap di lensa kamera.

Malahan, ramai yang berseoroh, photographer sememangnya telah merancang untuk mengusik pasangan berkenaan.

“TV kuat nyakat…”

“Kalah tetap kalah tapi blushing tu ada.”

Terdahulu Pelakon, usahawan dan adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, Syifa memuat naik sekeping foto sedang menikmati makan malam bersempena hari lahir di sebuah hotel mewah untuk tatapan umum.

Namun apa yang menarik perhatian, ada netizen meneka makan malam romantis tersebut disambut bersama kekasih hati yang juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Menerusi perkongsian di IG Story, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dilihat berkongsi hidangan yang dinikmatinya dan terlihat kelibat seorang lelaki di hadapannya memakai baju merah jambu.

Meninjau ke IG Safawi, pemain asal Terengganu itu turut berkongsi sebuah foto memakai pakaian yang serupa di ruang restoran hotel berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen foto Syifa dan Safawi, ramai wargamaya meninggalkan komen dengan mengusik pasangan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar hubungan mereka disatukan ke alam perkahwinan.

“Reveal orang yang amik gambar please. Happy birthday Syifa,” tulis seorang wargamaya.

“Sannah helwa Syifa. Semoga dalam keberkatan dan rahmat Allah, ditemukan dengan jodoh yang soleh, baik & pandai bermain bola,” doa seorang wargamaya.

“Early birthday celebration ke tew,” usik seorang wargamaya.

“Celebrate birthday someone ke tu?” tanya seorang wargamaya.

“Alamak baru tengok story Syifa terus scroll feed tiba tiba macam baju pink sama auch,” ujar seorang wargamaya.

“Dating dengan @syifamelvin,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian Syifa mendapat hampir 13,000 manakala Safawi menerima lebih 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://limauasamboi.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kant0i ‘Tersengih’ Nampak Syifa Melvin, Perubahan Mula Safawi Masa ‘Live’ Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*