“Bersiap Cantik, Siap Pose Lagi Depan Ayah Ibu..” – Tokti Nak Men4ngis Hantar Aafiyah Hari Pertama Ke Sekolah!

Ibu ni hatinya bersifat lembut. Apa sahaja yang berkaitan dengan anak-anak pasti akan rasa emotional. Lebih-lebih lagi bila anak dah melangkah ke sekolah, pastinya ibu menjadi orang pertama yang tidak senang duduk dek kerana memikirkan macam-macam perkara di sekolah.

Itulah yang dirasai kini oleh penyanyi no 1 negara, siapa lagi kalau bukan Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila hari ini merupakan hari pertama Aafiyah dimasukkan ke preschool. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Instagram miliknya yang menceritakan keterujaan dan semangat anak sulungnya itu masuk ke sekolah.

” Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal , bangun tadi ayah kejutkan dia , kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun..

Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah🤣.Semangat betul dia nak ke sekolah..subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas ,dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam😉.. ibu nak nanges.. tapi tahannnn jek..” kongsinya.

Dalam perkongsian yang sama, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tokti sempat mendoakan yang terbaik buat anaknya supaya diterangkan hati, diberi kelancaran menuntut ilmu dan berikan manfaat kepada orang lain.

” Semoga Allah swt pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb..” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Meninjau di ruangan komen, ada yang memuji Aafiyah tidak cranky di hari pertama sekolah. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk si kecil pipi merah ibu itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : instagram ctdk

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bersiap Cantik, Siap Pose Lagi Depan Ayah Ibu..” – Tokti Nak Men4ngis Hantar Aafiyah Hari Pertama Ke Sekolah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*