“Shuib muat naik foto dgn Zara Zya, komen ibu mertua tarik perhatian

Sebelum ini, selepas pemergian Allahy4rham isterinya, Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mended4hkan dirinya ada mengenali seseorang.

Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, berkata, hubungan itu masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Menurut Shuib, dia tidak menafikan ibunya ada bertanya mengenai calon pengganti, namun dia belum bersedia untuk berfikir sejauh itu.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terbaru menerusi laman instagram, Shuib memuat naik satu gambar dirinya bersama dengan pelakon, Zara Zya.

@zarazyaofficial Sampai ke pintu dia hantar.. @shuibsepahtu #ZaraZyaOfficial ♬ original sound – Marbitter – Marbitter 🇲🇾

“Assalammualaikum,,,Nama dia @zarazya,” tulis Shuib di ruangan kapsyen

Namun, apa yang mencvri perhatian ialah komen ibumertuanya iaitu Siti Fatimah Suberi yang mendoakan menantunya itu semoga dipermudahkan urusan.

Sementara itu, Zara Zya juga memuat naik gambar yang sama di laman instagram rasmi miliknya, dengan kapsyen “Terima kasih untuk hari ini @shuibsepahtu.”

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian di ig Shuib itu telah mendapat 67.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata ‘kenenkan’ Shuib dengan Zara Zya.

Komen netizen:

 

Sumber: Padu Gila, iG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : khabar24media

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Shuib muat naik foto dgn Zara Zya, komen ibu mertua tarik perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*