Vokalis Azzara Band, Ejai Aziz menanggung derita sak1t bahagian bawah z4karnya berasa panas tepat jam 12, setiap malam selama tiga bulan.
Reda Menjelang Subuh
Menurutnya, rasa panas itu semakin kuat sekitar jam 3 pagi dan kemudian reda setelah azan Subuh berkumandang.
“Saya memang bingung dan rasa sangat sak1t. Bila diserang saya ke hospital, selama enam kali saya buat pemeriksaan di hospital berbeza.
“Malah turut membuat pemeriksaan imbasan tetapi kata doktor tidak ada apa-apa termasuk ujian darah yang dijalankan.
“Kalau ikutkan rasa sak1t saya memang yakin akan ditahan di wad tapi sebaliknya saya dibenarkan balik,” katanya mengimbas kembali kejadian misteri dialaminya sekitar Mac tahun lalu.
Rawatan Islam
Disebabkan tidak tahan, Ejai telah mendapatkan rawatan Islam dan dua ustaz yang memeriksanya memberitahu bahawa dia telah terkena buatan orang.
“Saya pun tak tahu punca dan siapa. Benda itu sudah lama dalam badan saya sejak beberapa tahun dan kemuncaknya saya diserang tahun lalu.
“Syukur dengan ikhtiar yang dilakukan saya kembali pulih dan saya berharap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya yang kini sihat seperti biasa.
Fokus Bidang Muzik
Dalam pada itu, Ejai menambah, dia mahu fokus pada bidang muzik bersama Azzara Band dan mencipta lagu untuk tempoh lima tahun kedepan.
“Kami juga terus mengikut kehendak peminat dan pendengar yang gemar dengan muzik rancak berbanding muzik balada daripada kami.
“Lagu kami seperti Siapa Kata lebih disenangi dan untuk itu kami beri perhatian kepada muzik seperti itu sebelum beralih ke genre lain,” katanya.
Bercakap mengenai peluang jika ditawarkan menyertai pertandingan Big Stage, Ejai tidak menolak jika dikurniakan rezeki dan peluang itu.
sak1t pada kem4luan, Ejai Aziz tak sangka rupanya buatan orang… Rayu individu hantar s1hir segera hubunginya
VOKALIS kumpulan Azarra Band iaitu Ejai Aziz mendakwa dirinya menjadi mangsa s1hir, baru-baru ini.
Gara-gara perbuatan itu, dia diserang gangguan dan penyakit misteri antaranya kem4luan menjadi panas.
Kata Ejai, dia masih lagi sedang berusaha mendapatkan rawatan meskipun ada kalanya dia berasa sudah berputus asa.
“Benda ini terjadi pada tahun lepas dan bahagian bawah alat sulit saya tu akan menjadi panas.
“Yang peliknya alat sulit bahagian bawah tu akan menjadi panas selepas pukul 12 pagi dan akan kembali normal selepas Subuh.
“Saya tidak paksa orang untuk percaya tapi perkara ini merupakan pengalaman atau penderitaan yang saya perlu tanggung apabila terkena s1hir ini.
“Mulanya saya memang tidak percaya terkena s1hir ini, sehingga la doktor mengesahkan saya tidak ada sak1t apa-apa dan barulah sedar yang saya sudah terkena s1hir buatan orang,” katanya
‘Tiada niat tinggalkan Azarra Band’
LANGKAH kerjaya seni penyanyi dan komposer, Ejai Aziz bermula dengan kumpulan Azarra Band secara serius pada 2019 dan popular menerusi lagu Alalala Sayang.
Justeru, tidak pernah terdetik langsung di hati Ejai, 34, untuk angkat kaki meninggalkan kumpulan itu seterusnya mengorak langkah sebagai penyanyi solo pula.
Bagaimanapun, kerjasama Ejai atau nama sebenarnya Mohd Azrizal Aziz bersama penyanyi, Ai Wahida untuk lagu duet, Mama Mama akhirnya mencetuskan tanda tanya kepada rakan kumpulan yang lain.
Menurut Ejai, persoalan itu tiba-tiba timbul selepas ada pihak lain cuba ‘menyalakan api’ nak melaga-lagakannya dengan anggota Azarra Band melalui andaian tidak berasas dan boleh mewujudkan salah faham.
“Pada mulanya, semua orang dalam Azarra Band okey dan masing-masing memahami keadaan sebenar. Saya pun tak terfikir untuk meninggalkan rakan lain kerana serasi tampil secara berkumpulan.
“Namun, tak sangka pula ada pihak lain kurang senang apabila melihat saya agak aktif secara sendiri. Jadi, diwujudkan salah faham hingga anggota Azarra Band jadi risau dan sedih.
“Saya menyanyi secara duet untuk lagu Mama Mama kerana Ai Wahida tiada rakan duet ketika itu. Penyanyi lelaki yang patut berduet dengannya tidak berminat dengan alasan genre lagu kurang sesuai dan tak kena dengan vokal.
“Jadi, sebagai pencipta lagu dan penulis lirik sudah pasti saya tidak boleh berdiam diri. Bagi saya, keputusan harus dibuat segera dan tak sangka juga vokal saya kena dengan lagu Mama Mama itu,” katanya.
Menurut Ejai, mujur juga penjelasan dibuatnya kepada rakan kumpulan diterima baik. Malah, mereka akhirnya menyokong semula. Namun, dia kesal dengan cubaan campur tangan pihak lain.
Berbicara juga kisah peribadi, Ejai berkata, dia sudah berkeluarga namun tidak didedahkan kepada umum menerusi perkongsian di media sosial.
Katanya, cukuplah hanya dia seorang yang dikenali peminat dan sangat menjaga ‘privasi’ keluarganya.
“Saya suka berkongsi aktiviti kerja seni yang dibuat di Instagram. Bagi saya, biarlah orang ramai kenal dengan bakat saja. Lagipun, saya dan Azarra Band masih baru dalam industri hiburan dan banyak ilmu harus kami belajar.
“Malah, saya pun lebih tenang untuk fokus pada kerja. Sekurang-kurangnya, tidaklah bimbang akan terpalit gosip atau cerita sensasi yang boleh mengaitkan keluarga,” katanya.
Selain Ejai, Azarra Band dianggotai Mohd Hairol Azhar atau Boy selaku pemain dram, Mohammad Khairul Azam Md Yasin (Kidz, pemain gitar) dan Mohd Fauzan Mohammed Rofie (Rop’z, bass).
Semenjak video muzik lagu Alalala Sayang menjadi sohor di laman Youtube, ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan penyanyi lagu berkenaan. Ianya daripada kumpulan Azarra Band!
Perjalanan seni Azzara Band yang penuh liku bermula sebagai pemuzik jalanan, baru kini mampu mengecapi ruang selesa selepas penerbitan lagu Alalala Sayang yang barangkali antara pencapaian paling manis dikecapi mereka, selepas nyaris berkubur dan membawa haluan masing-masing.
Untuk rekod, lagu Alalala Sayang yang dimuat naik di Youtube pada kira-kira tujuh bulan lalu kini telah mencatatkan lebih 10 juta tontonan! Tahniah.
Jom berkenalan dengan lebih dekat kumpulan yang memperjuangkan muzik bergenre ‘1990-an’ ini.
Biodata Azarra Band
Dianggotai Mohd Azrizal Aziz atau nama komersialnya, Ejai selaku vokalis, Mohd Hairol Azhar Ramli atau Boy (pemain dram), Mohammad Khairul Azam Md Yasin atau Kidz (gitaris) dan Mohd
Fauzan Mohammed Rofie atau Rop’z (pemain bes).
Asalnya mereka hanya menyanyi di majlis perkahwinan dan di jalanan.
Mula memasuki muzik arus perdana sejak tahun 2016 selepas mengikat kontrak sebagai artis rakaman.
Bakat mereka digilap oleh komposer ternama, LY dan Baiduri yang melamar mereka sebagai artis di bawah syarikat Kelarai Sakti.
Dikenali menerusi genre muzik ala era 90-an berkonsepkan pop dan rock balada, dengan rangkaian lagu-lagu hits seperti Berjuta Maafmu, Pendam dan Alalala Sayang.
Merakamkan lagu Alalala Sayang sebelum memasang niat untuk berundur daripada dunia hiburan tanpa menyangka single itu akhirnya berjaya memacu nama mereka sebagai penyanyi.
Kini menyertai syarikat rakaman MVM Music.
Fakta Menarik
Ditubuhkan pada tahun 2010.
Ejai selaku vokalis mempunyai kebolehan menggubah lagu.
Kesemua ahli kumpulan ini sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya tetap masing-masing.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : mstar
Be the first to comment on "S4kit Pada Kem4luan. [VIDEO] Ini Rayuan Ejai Aziz Kepadaa Individu, Minta Segera Hubunginya"