Hanya Tinggal Tangga Batu, Ramai Sedih Lihat Rumah Allahyarham Sudirman Kini Dipenuhi Semak Samun

” Sedih.. Sedih.. Sedih..tiap-tiap hari lalu jalan Kg. Gantok ni pasti menoleh ke arah tapak rumah arwh.. Selalu terpikir kenapa dibiarkan rumah seniman ini terbiar begitu saja..”

Itu antara komen warganet yang juga penduduk setempat susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi tersohor negara, Allahyrham Datuk Sudirman Hj. Arshad.

Menerusi hantaran di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia itu membesar, berada dalam keadaan amat menyedihkan.

Siapa sangka, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu dulunya sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan kini hanya tinggal tangga batu untuk menyambut pelawat yang mengunjunginya.

Ibarat harimau m4ti meninggal belang, manusia m4ti meninggalkan nama. Namun pepatah ini bagaikan tidak bermakna apabila melihat keadaan rumah Allahyrham.

Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung teratak kayu itu tersergam indah dan Allahyarham sering merakam memori di rumah itu.

” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.

” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebak4ran pada tahun 2008.

” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini.

” Jika tidak di peringkat Persekutuan sekurang-kurangnya mungkin Kerajaan Negeri kelahirannya Pahang berusaha untuk memulihara sebagai tanda penghargaan kepada tokoh yang telah berjasa untuk negeri Pahang dan juga negara,” catat pengendali akaun Facebook itu.

Tinjauan Malaysiapost di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan perasaan sedih dan terkejut apabila melihat keadaan rumah penyanyi Malaysia pertama yang mencipta nama di Albert Hall, London itu.

Dah macam hutan belukar

Terdapat ntizen yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.

” Rumah P. Ramlee kerajaan usahakan.. Sepatutnya rumah Sudirman pun kna usahakan juga..

” Hari tu ada viral masjid di area raub atau lipis yg menjadi tempat perjumpaan para pejuang pahang yang terbiar. Hari ni viral lagi rumah lagenda Sudirman yang terbiar.

” Sepatutnya benda macam ni boleh jadi bahan sejarah yang Bernilai tinggi untuk dilihat dan dilawati oleh rakyat seantero dunia yang mengetahui kisah sejarah tokoh-tokoh ini.

” Sekarang ni keadaan rumah tu dah macam hutan belukar langsung x nampak jalan masuk ke rumah arwh Sudirman tu” tulis warganet.

Mohamad Aliff Fikram menunjukkan keadaan rumah Allahyarham Datuk Sudirman yang kini dipenuhi semak-samun selepas terbabit dalam kebakaran pada 2008. – Foto Sinar Harian

Rumah Allahyarham Sudirman membesar kini terbiar

Tinjauan media ke lokasi kediaman Allahyarham Sudirman yang membesar di rumah itu pada Isnin mendapati rumah tersebut hanya tinggal beberapa struktur batu antaranya tangga.

Seorang lelaki yang tinggal berdekatan rumah tersebut, Mohamad Aliff Fikram Bahari, 31, ketika ditemui berkata, keadaan rumah Allahyarham Sudirman itu kini dipenuhi belukar dan semak-samun menyebabkan tiada ramai orang yang tahu lokasi rumah tersebut.

Mohamad Aliff Fikram Bahari – Foto Sinar Harian

“Mungkin ada orang yang tidak berani masuk ke kawasan kediaman itu kerana keadaan semak-samun tersebut.

“Sebelum terlibat kebakaran pada 2008, rumah tersebut masih boleh dilihat,” katanya.

Menurut Mohamad Aliff Fikram, dia baru berusia setahun ketika penyanyi tersohor itu meninggal dunia pada 22 Februari 1992.

“Ada pelajar universiti pernah datang ke sini (rumah Sudirman) untuk buat kajian ilmiah. Saya berpandangan, mungkin kira-kira dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tok Embun, Rahman Omar berkata, perancangan membaik pulih rumah itu pernah dibangkitkan bersama beberapa pihak namun tidak dapat diteruskan.

“Saya sendiri terkilan kerana usaha membaik pulih bagi mewujudkan satu monumen khas untuk Allahyarham Datuk Sudirman Arshad terhenti sekerat jalan,” katanya.

Menurut Rahman, usaha itu dibangkitkan lebih 15 tahun lalu kerana rumah berkenaan boleh menjadi tarikan peminat Allahyarham Sudirman di seluruh negara.

Rahman Omar – Foto Sinar Harian

“Allahyarham adalah ikon terkenal dan kebanggaan negara dan Pahang khususnya. Jadi, memang patut ada monumen seperti Rumah P Ramlee.

“Bagaimanapun usaha membaik pulih rumah itu perlu mendapat kebenaran daripada keluarga Allahyarham Sudirman,” katanya.

Allahyarham Sudirman mengharumkan nama negara sepanjang kariernya sebagai penyanyi

15 fakta mengejutkan tentang Allahyrham Sudirman yang ramai tak tahu

Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.

Sudirman yang turut terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham. lagu-lagu dan sumbangannya tetap diingati sepanjang zaman.

Berikut 10 fakta menarik tentang Allahyarham Sudirman yang mungkin ada yang tidak tahu.

1) Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.

2) Nama manja/panggilan Sudirman ialah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.

3) Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.

4) Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.

5) Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.

6) Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.

7) Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.

8) Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.

9) Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.

10) Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.

11) Mendirikan rumh tngga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.

12) Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya.

13) Oleh kerana itu, apabila mereka berpis4h 3 tahun selepas mendirikan rumh tngga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu .

14) Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas percraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.

15) Sudirman meninggI dnia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyrham disemad1kan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi pengh0rmatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.

TENGKU MAHKOTA PAHANG PERNAH KE RUMAH SUDIRMAN

Bagaikan satu ‘kejutan’… Suatu peristiwa paling indah, yang paling tak dapat dilupakan oleh Sudir sepanjang hidupnya, apabila rumahnya dikunjungi oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Di akhir-akhir tahun 80-an dulu, Sudir tidak ketinggalan menghadirkan dirinya ke Masjid Temerloh, Pahang Darul Makmur. Rupa-rupanya Tengku Mahkota Pahang pun turut hadir untuk solat hari raya berjemaah bersama rakyat jelata.

Selesai solat hari raya, baginda Tengku Mahkota telah menjemput kesemua jemaah ke istananya termasuk Sudir untuk menikmati juadah hari raya.

Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah (Tengku Mahkota Pahang) Sewaktu kesemua tetamu menjamu selera, tiba-tiba secara spontan, Tengku Mahkota bersuara dengan membahasakan dirinya ‘saya’.

“Saya nak pergi ke rumah kamu Sudir, boleh?”

Sudir tergamam… tak tau nak berkata apa-apa, melainkan katanya, “Rumah patik buruk Tuanku!” Di dalam hati, Sudir berharap bahawa Tengku Mahkota hanya berseloroh mengusiknya aje.

Rupanya dalam diam-diam, Tengku Mahkota telah mengarahkan pegawai-pegawainya memastikan di mana rumah Sudirman. Dan Sudir pun apa lagi… bila mendapat tahu hal ini kelam-kabutlah dia membuat persiapan.

Kata Sudir bercerita pada BAM, “Apa tidaknya saya jadi kelam-kabut, kerana keluarga saya ‘simple’. Sejak ayah meninggal dunia, satu apa pun di rumah itu saya tak ganti, kerusi meja dan langsir semuanya dah buruk.

“Lagipun anak buah saya ramai, semuanya 20 orang, riuh-rendah bising memekak 24 jam. Saya tak mahulah menyusahkan Tuanku atas dasar sanjungan saya terhadap dirinya.

“Tapi dalam masa satu setengah jam itu, saya bergegas ke pekan membeli pinggan mangkuk, permaidani, kerusi set, kipas angin, langsir semua saya tukar yang baru serta-merta. Bukan nak membazir, tapi rasa berbesar hati nak menyambut kedatangan Tuanku Tengku Mahkota di hari yang mulia, walaupun saya tahu Tuanku tentu tidak mahu saya berbuat begitu.

“Tengku Mahkota tiba di rumah saya yang jalannya lekuk-lekik becak dan penuh batu-batu. Jalan tanah merahlah katakan. Atas bukit pulak. Kesian Tengku Mahkota kena berjalan kaki mendaki bukit.”

Bagaimanapun, kata Sudir, hatinya merasa lega kerana rumahnya dah teratur. Kerusi baru, karpet baru, langsir pun baru. Bahkan hidangan hari raya untuk santapan Tengku Mahkota disajikan dengan pinggan mangkuk baru.

“Puas rasa hati,” kata Sudir.

Sudir terus perkenalkan ahli-ahli keluarganya yang tua kepada Tuanku.

“Mana orang-orang lain?

Tempat Sudir ni sunyi ye, tapi pemandangannya cantik,” ujar Tuanku.

“Iya Tuanku!” jawab saya.

“Saya terus teringatkan anak-anak buah saya yang bising, bingit macam bunyi jet!

Cerita Sudir lagi, “20 minit kemudian, Tuanku berangkat untuk pulang, dan belum sempat keretanya bergerak 10 meter, anak-anak buah saya menderu keluar nak curi-curi tengok.

“Saya tak benarkan mereka keluar, bukan sebab apa, saya tak mahu mereka semua buat bising, nanti Tuanku jadi tak selesa. Saya faham Tuanku tentu penat selepas melayan beratus-ratus rakyat di istananya pada sebelah pagi tadi, dan kemudian nanti pada sebelah petang pula,” kata Sudir bercerita panjang.

“Nak tau tak di mana saya sorokkan budak-budak tu?”

“Dalam perkarangan reban ayam, belakang rumah,” kata Sudir ketawa geli-geli hati dan kesian mereka… tak mengapalah, Cokman cuma kurung 20 minit aje,” katanya.

Sudir kagum dengan sikap Tengku Mahkotanya yang berjiwa rakyat. Dan rakyat tentu tak senang duduk kerana kasihkan Rajanya.

Sudir memang bangga sebagai anak Pahang Darul Makmur. Penghibur ternama Sudirman Haji Arshad sering memperkenalkan dirinya sebagai ‘Kampung Boy’ dari Temerloh, Pahang Darul Makmur dalam setiap shownya di hotel-hotel lima bintang yang dihadiri oleh pelancong-pelancong dari pelosok dunia.

Sumber:malaysiapost, gempak, dahtauker dan mediahiburan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hanya Tinggal Tangga Batu, Ramai Sedih Lihat Rumah Allahyarham Sudirman Kini Dipenuhi Semak Samun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*