Rapat Dengan Scha Elinnea, Hubvngan Hisyam Hamid Dan Isteri Bermas4lah?

Hisyam Hamid menafikan dakwaan rumah tangga dengan isteri, Rosmawati Hanafi bermasalah gara-gara keakraban dengan rakan gandingan, Scha Elinnea dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Hisyam, 37, menegaskan dia masih berpegang kepada prinsip untuk meletakkan batas kepada bidang kerjaya dan perihal peribadi.

Foto: IG

“Selama lapan tahun berkecimpung sebagai pelakon sepenuh masa, saya dan isteri, Mel tidak pernah bergaduh atau mempunyai masalah berhubung isu sebegitu kerana dia faham saya bagaimana.

“Sepanjang saya menjadi pelakon, tidak pernah ada masalah sebegitu dan saya harap takkan ada masalah. Jadi tiada masalah isu ‘baby’ atau ‘sayang’ dengan orang lain.

“Isteri tahu saya bagaimana apabila membabitkan hal kerja kerana apa yang penting saya masih berpegang kepada prinsip, apa yang dibuat untuk kerja hanya untuk kerja,” katanya kepada Harian Metro.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Terdahulu, Hisyam berkongsi memanggil pasangannya Scha Elinnea sebagai ‘B’ atau ‘baby’ setiap kali di lokasi penggambaran bagi mencipta keserasian.

Hisyam berkata, pendekatan itulah yang membuatkan watak mereka sebagai suami isteri menjadi lebih hidup tanpa terbit sebarang niat mahu ‘menggatal’ dengan pelakon wanita itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7)

Hisyam juga menegaskan pendekatan itu hanya di set penggambaran saja, malah isterinya, Rosmawati atau lebih mesra dengan sapaan, Melrose juga turut memahami.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rapat Dengan Scha Elinnea, Hubvngan Hisyam Hamid Dan Isteri Bermas4lah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*