Seorang guru tadika terpaksa menerima hakikat bahawa ada pihak mahukan dirinya dipecat daripada pekerjaan tersebut, bukan kerana tingkah laku atau prestasi tidak cemerlang, tetapi gara-gara memiliki wajah cantik.
Wajahnya dikatakan mirip dengan Anglebaby, iaitu seorang penyanyi terkenal berasal daripada Hong Kong.
Rupa-rupanya, gesaan meminta pihak tadika memecatnya itu dibuat selepas mendapat banyak permintaan daripada ibu-ibu pelajar yang merasa bimbang kerana kecantikkan dirinya menyebabkan golongan bapa menjadi rajin menghantar dan mengambil anak masing-masing di tadika tersebut.
Difahamkan, guru berkenaan mempunyai keturunan dar4h campur sekaligus menyebabkan orang ramai tidak hairan apabila dia memiliki wajah yang sangat menarik.
Malah, ada segelintir menganggap bahawa cikgu berkenaan mungkin kakak kepada penyanyi Hong Kong tersebut.
Menurut laporan media, walaupun wajahnya melayakkan dirinya untuk memilih kerjaya yang lebih popular, namun wanita berkenaan dikatakan sangat serius dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik.

Malangnya, kecantikannya itu telah mendapat pertikaian terutamanya oleh ibu-ibu anak murid di tadikanya itu.
Mereka mendakwa, suami mereka didapati sanggup tergesa-gesa untuk mengambil anak-anak mereka dari tadika semata-mata demi melihat wajah guru tersebut walaupun sekadar sekilas pandangan.
Oleh itu, tidak pelik jika itulah alasan para ibu untuk memaksa pihak pengurusan tadika berkenaan untuk memecat guru tersebut. Bagaimanapun, pihak tadika tersebut tidak mempedulikan permintaan yang tidak munasabah itu.
Sememangnya apa yang dilakukan oleh tindakan pihak tadika itu adalah tepat. Ini kerana meletakkan alasan kecantikan seseorang untuk dipecat sememangnya tidak masuk akal. Sebaliknya, ianya hanya disebabkan perasaan cemburu sahaja.

Source: Instagram/@angelababyct/Xuan
Tahniah kepada guru tadika tersebut kerana masih meneruskan kerjayanya meski terdapat banyak halangan.
Kecantikkan bukan penyebab alasan kukuh untuk dibuang kerja sebagai tenaga pengajar. Ibu bapa haruslah menilai seorang guru itu dengan gaya pengajaran dan ilmu yang mereka ada agar pembelajaran anak mereka lebih mudah difahami.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : SK via Dnq

Be the first to comment on "Ramai Ibu2 Paksa Pihak Tadika Pecat Cikgu Ini! Rupanya Ini Punca semua Ibu2 Tidak Pu4s H4ti"