Pengarah Syamsul Yusof memandang tind4kan wanita yang mengh1na Islam ketika membuat persembahan stand up comedy di sebuah kelab baru-baru ini adalah perkara serius dan tidak boleh dibiarkan berleluasa.
Syamsul berkata, isu itu harus diteliti oleh pihak berkuasa dalam usaha membendung kejadian serupa daripada berulang pada masa depan.
“Perkara ini sangat serius dan harus disuarakan malah pemimpin juga perlu meneliti perkara ini agar ia tidak berulang.
“Pada awalnya saya kurang bersetuju dengan penutupan kelab komedi itu tetapi perkara ini sangat serius dan harus disuarakan. Malah pemimpin juga perlu meneliti perkara ini agar ia tidak berulang,” katanya.

Pada petang Rabu, Syamsul bersama Pengerusi Persatuan Semboyan, Yusuf Azmi, pelawak Shahrol Shiro hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk membuat laporan polis terhadap kelab komedi Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa agar menyi4sat pemilik premis berkenaan dikenali sebagai Mohammad Rizal Johan atas dkwaan mempersend4kan ag4ma Isl4m.
Dalam pada itu, Shahrol memberitahu insiden melibatkan wanita mengh1na Islam itu disifatkan sebagai melanggar garis keamanan negara yang hidup dalam keadaan harmoni di antara kaum dan agama.
Shahrol turut bertegas agar pihak berkuasa menjalankan sias4tan secara mendalam mengenai individu di sebalik kelab itu dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Yusuf menegaskan akan melakukan tindakan m0gok di hadapan kelab tersebut sekiranya premis itu dibuka semula.
“Sekiranya premis itu dibuka semula, kemungkinan besar kami akan buat mog0k sehingga ia ditutup. Kami mengharapkan agar kelab komedi itu terus ditutup sebagai pengajaran agar premis lain tahu peraturan ketika berjenaka.
“Kami membuat laporan polis ini juga bagi menyatukan orang Melayu Islam yang terkesan dengan penularan video berkenaan dan kaitan dengan pemilik kelab komedi itu.
“Saya difahamkan bukan sahaja bangsa Melayu dan agama Islam dipermainkan tetapi agama lain turut diperkotak-katikkan dalam persembahan di situ,” jelasnya.

Terdahulu pada pagi Rabu, wanita berkenaan Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina agama Islam di Mahkamah Sesyen Siber, Kuala Lumpur.
Manakala teman lelakinya, V. Alexander Navin turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan memuat naik hantaran jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar

Be the first to comment on "[VIDEO] Syamsul Yusof Pandang Ser1us Isu H1na Isl4m, Yusuf Azmi Cadang M0gok Jika Kel4b K0medi Dibuka Semula"