Sempat Jadi Hos Melodi Setahun, Ini Pended4han Nabila Huda Apabila Posisinya Diganti Ain Edruce

Meskipun hanya setahun bergelar hos program Melodi, pelakon dan pengacara, Nabila Huda mended4hkan dirinya tidak berasa hati apabila posisinya itu digantikan rakan selebriti, Ain Edruce.

Menurut Nabila, dia menghormati keputusan pihak pengurusan dan percaya Ain mampu memberikan yang terbaik sepanjang mengacarakan program tersebut.

“Bila Ain diumumkan sebagai hos, saya okay sahaja. Lagipun, saya memang baik dengan Ain dan tiada mas4lah dengan dia. Ain memang seorang pengacara. Jadi, saya tahu dia boleh menyerlah untuk mengacarakan program Melodi kerana dia memang hos professional.

“Saya tiada rasa apa-apapun. Bila kontrak saya tamat, pihak Melodi pun beritahu tentang perancangan mereka. Ain pun ada menghubungi saya untuk bertanyakan selok belok menjadi hos Melodi.

“Dia juga sangat teruja dapat peluang seperti ini. Saya cakap dekat dia, selagi usia masih muda dan rezeki itu ada, buat je,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Munafik itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milikinya, Frutti Tutti baru-baru ini.

Jelas Nabila lagi, dia juga sebenarnya sudah terbiasa dengan senario sebagai anak seni yang sering beralih daripada satu projek ke projek yang lain

“Saya merupakan seorang pelakon. Jadi, saya tiada sikit pun rasa cembvru, s4kit hati atau tak pvas hati. Bila berlakon, kita memang dah biasa bila habis sesuatu projek tu sama ada dalam 30 hari atau tiga bulan, kita beralih kepada job lain pula. No hard feeling.

“Kesemua orang atasan di Media Prima pun tak pernah bawa amasalah untuk saya dan saya pun tak pernah buat mas4lah dengan mereka. Apa yang saya tahu, bila mereka berikan saya kerja, saya bagi 100 peratus tanpa merungut tentang apa-apa perkara pun,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search ini turut menyifatkan peluang menjadi hos Melodi merupakan antara pengalaman terindah sepanjang bergelar anak seni.

Pada saya, bidang pengacaraan ini hanyalah kerjaya sampingan. Sebelum ini, saya banyak mengacarakan program travelogue. Kemudian, bila saya buat Melodi selama setahun, program ini mengajar saya untuk mengatasi ketakvtan bercakap dikhalayak ramai atau hadapan kamera.

“Mungkin ada yang ingat pelakon ni senang je nak berhadapan dengan kamera tapi sebenarnya tidak. Cubalah tanya rakan-rakan pelakon yang lain, boleh tak mereka jadi hos? Tak semua akan terima sebab kita ada perasaan gugvp tu. Mereka pasti akan fikir dua tiga kali untuk terima.

“Untuk Melodi, saya keluar daripada zon selesa saya. Saya buat sejak daripada PKP dan saya kena usaha untuk bersiaran langsung secara atas talian di rumah. Saya dan team Melodi pun tak pernah buat semua tu dan kita grow sama-sama.

“Melodi adalah kenangan indah yang tertulis dalam perjalanan kerjaya saya,” akhirinya.

Mengulas lanjut mengenai produk Frutti Tutti, Nabila berkata, ia adalah makanan tambahan berasaskan serat epal selain mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan.

Kredit Foto: Instagram Nabila Huda

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sempat Jadi Hos Melodi Setahun, Ini Pended4han Nabila Huda Apabila Posisinya Diganti Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*