Dah terima notis sam4n! Ini kata2 individu yang fitn4h Puteri Sarah, reaksi pelakon cantik ini raih perhatian netizen

SUSULAN pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis sam4n fitn4h terhadap seorang pengguna media sosial, individu tersebut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada malam Isnin.

Individu tersebut dalam kenyataan terbukanya memohon maaf kepada Sarah disebabkan perkongsian di Instagram pada 17 Julai lalu yang memberi komen tentang rumah tangga selebriti itu dengan pengarah Syamsul Yusof.

“Di sini saya dengan ikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah disebabkan perkongsian Instagram saya pada 17 Julai 2022 yang memberi pendapat mengenai isu rumah tangga beliau.

sarah 3

Kenyataan fitn4h netizen terhadap Sarah.

“Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya,” katanya.

Dalam permohonan maaf itu juga, individu tersebut turut mendoakan agar pelakon itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan serta dipermudahkan semua urusan.

Sarah yang mengulang siar kenyataan berkenaan di Instagram Story mengucapkan terima kasih atas permohonan maaf yang dibuat individu tersebut.

Terdahulu, tindakan Sarah itu dilihat bermula apabila individu berkenaan membalas satu kenyataan yang pernah dikongsi pelakon ini di media sosial dan menunjukkan dia seperti diser4ng dengan kenyataan balas memburvkkan dirinya.

“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami cur4ng.

“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘peny0nd0l’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provoke satu Malaysia untuk b3nci sk4ndal suami dia,” tulis komen berkenaan.

Saya telah menerima LOD (Letter of Demand) yang meminta saya untuk meminta maaf secara terbuka dan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Puteri Sarah atau pun keluarganya

NETIZEN

Melihat ia sebagai satu kenyataan fitn4h, Sarah mengambil tindakan memfailkan notis sam4n menerusi peguamnya Natasha Basheer and Associate.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Sarah menjelaskan apa dilakukan adalah sebagai pengajaran buat mana-mana pihak agar tidak mudah membuat spekulasi tentang dirinya.

“Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.

“Jangan buat fitn4h fasal saya dan sila jaga kata-kata serta keluarga sendiri,” katanya

RESPON NETIZEN :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar via https://bartasangbad.site/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dah terima notis sam4n! Ini kata2 individu yang fitn4h Puteri Sarah, reaksi pelakon cantik ini raih perhatian netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*