Berjaya raih keuntungan besar dalam filem pertama, penerbit Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan iaitu Abdul Rahman Mat Dali dari Studio Kembara Sdn. Bhd bakal berkongsi rezeki bagi membantu golongan yang memerlukan.
Bukan itu shaaja Rahman juga akan memberi imbuhan bonus kepada kru produksi serta barisan pelakon terlibat sehingga berjaya mencatat sejarah tersendiri sebagai filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.


“Syukur dengan nilai kutipan kita dah berjaya pulang modal. Namun, tidak perlulah saya beritahu berapa jumlahnya kerana ia masih ditayangkan. Penonton juga boleh kira sendiri.
“Dengan kejayaan ini, saya juga akan memberi imbuhan munasabah kepada semua produksi. Mungkin bukan hanya wang ringgit tetapi boleh juga berikan hadiah dalam bentuk pakej umrah.
“Selain itu, saya merancang untuk membantu anak-anak yatim yang susah dengan memberikan biasiswa kecil untuk pembiayaan sekolah mereka.
“Semua ini akan dilakukan selepas filem Mat Kilau akan tamatkan tayangan nanti,” katanya kepada Mstar.

Di sebalik kejayaan filem ini, Rahman turut meluahkan rasa kecew4 apabila masih ada pihak tidak bertanggungjawab membuat rakaman secara haram di pawagam dan memuat naik di media sosial selain melakukan edaran cetak rompak.
Memandang ser1us hal ini, Rahman bersama pasukan produksi juga telah membuat laporan berkaitan hal tersebut kepada pihak berkuasa termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
“Tak sangka 1su cetak r0mpak masih lagi berlaku sekarang ini. Saya dapat tahu ada yang menjual filem ini dengan harga RM20.
“Lap0ran telah dibuat kepada pihak berkvasa dan dalam masa sama kami juga memantau di semua platform media sos1al. Jika ternampak mana-mana rakaman secara har4m kami akan ambil tindakan,” jelasnya.


Filem arahan Syamsul Yusof ini mula ditayangkan sejak 23 Jun lalu dan mendapat respons baik pelbagai kelompok masyarakat dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.
Mengambil iktibar dari perjuangan tokoh negara Mat Kilau, Rahman juga berharap karya ini boleh menjadi bahan rujukan pembelajaran di sekolah kerana ia mengetengahkan pelbagai nilai-nilai murni.



“Saya juga mendapat maklum balas dalam kalangan guru sekolah dan mereka juga setuju jika karya ini menjadi salah satu bahan rujukan untuk sekolah.
“Perjuangan Mat Kilau boleh dibincangkan lebih lanjut lagi kerana ia bukan sahaja tentang perjuangan menent4ng penjajah, tetapi turut mengandungi nilai-nilai baik untuk dipelajari,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Filem Mat Kilau Cecah RM90 Juta, Ini Janji Penerbit Buat Produksi & Anak Yatim!"