Pernah Fikir Ada Anak Menyus4hkan Hidvp, Raja Ilya Mula Ceritakan Apa Yang Berl4ku

Umum tahu, pelakon Raja Ilya sudah bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Talita Love.

Susahkan hidup sendiri

Menerusi hantaran terbaru di Instagram (IG), Raja Ilya akui pernah terfikir mempunyai anak adalah perkara yang sangat menyusahkan dan mengganggu rutin harian.

Namun, kata aktres berumur 37 tahun ini, pemikiran pada waktu bujang itu salah kerana dia sangat menikmati bonding bersama anak kecil.

Bila bujang selalu fikir ada anak ini menyusahkan, susahkan hidup sendiri, susahkan badan nak mengandung, nak kena jaga bentuk badan.

Nanti anak buat hal bikin sak1t kepala, bila bayi suka menangis tak tentu pasal dan kacau tidur dan lain-lain.

Tapi bila sudah ada anak baru rasa semua itu salah, betapa cerianya mereka walaupun 10 kali bangun tengah malam, badan letih, perut boroi, rutin hidup tak sama dah, tapi satu hal apabila sudah ada anak, semua rasa macam saya okey, baik-baik saja.

Pada 1 Julai lalu, pelakon filem KL Vampire selamat melahirkan puteri sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Fasa ‘purple crying’

Dalam pada itu, pemilik nama Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menyatakan Talita Love sedang dalam fasa kuat menangis dan hanya golongan ibu faham perasaan yang sedang dirasainya.

Sekarang dia tengah melalui fasa ‘purple crying’ dan kepada ibu-ibu, tahulah kamu bagaimana perasaan itu kan. Tapi saya tetap rasa tidak mengapalah, saya baik-baik saja.

Dia seorang bayi yang sangat ceria dan saya bersukur sangat melahirkannya. Terima kasih Talita Love kerana hadir dalam hidup kami dan menambah keceriaan serta gelak tawa. Kami sayang awak.

Terdahulu, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth. Aktres jelita ini sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik cov1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Instagram @rajailya , dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pernah Fikir Ada Anak Menyus4hkan Hidvp, Raja Ilya Mula Ceritakan Apa Yang Berl4ku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*