“Nampak Lain Macam Sekarang ”[VIDEO] Hadir Ke Mhkamah Hari ni, Ramai Perasan Sesuatu

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula Mac tahun depan bagi perbicaraan tiga pertudvhan d4dah yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman, 47.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan perbicaraan pada Mac 2023 itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadang dan ditetapkan.

Tarikh-tarikh perbicaraan itu ialah 6 hingga 10, 13 hingga 17 Jan 20 hingga 24 Mac.

“Walaupun kita telah cuba seawal mungkin namun kami percaya bahawa mahkamah juga ada keutamaan dan juga ada susunan susur atur k,es yang lebih lama selain kes Yasin.

Jadi kami menghormati keputusan mahkamah itu,” kata peguam yang mewakili Yasin Ariff Azami Hussein yang ditemui media di ruang luar mahkamah.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah memaklumkan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan ketiga-tiga kes dibicarakan bersama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya sebelum perbicaraan bermula.

Pada 6 Julai lalu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin ditudvh dengan pertudvhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertudvhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya ddah berbhaya jenis kanabls seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Ddah Brbhaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman pen.jara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan, terdakwa bberdepan dengan peruntukan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbhaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydr0cannablnol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan pen.jara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu abang tertuduh, Zain Sulaiman, 50, yang turut hadir pada sesi di mahkamah hari berharap agar ada perkembangan yang lebih baik dalam kes membabitkan adiknya itu.

“Insya-Allah kami amat harapkanlah ada sesuatu yang baik di penghujung kes ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua yang memberi sokongan kepada Yasin,” katanya ketika ditemui media di sini.

Tonton klip penuh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : awani, ig kosmo

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Nampak Lain Macam Sekarang ”[VIDEO] Hadir Ke Mhkamah Hari ni, Ramai Perasan Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*