Hari ini, jika anda ke pusat membeli belah, nama butik pakaian seperti PADINI, SEED, BRANDS OUTLET dan VINCCI memang tidak asing lagi terutama di kalangan rakyat Malaysia
Namun tidak ramai yang tahu kisah kejayaan jenama-jenama ini bagaimana ianya bermula. Berikut satu perkongsian menarik dari bekas wartawan di kenali Syahril A.Kadir
“INILAH JUTAWAN MALAYSIA PEMILIK JENAMA PADINI, SEED, BRANDS OUTLET DAN VINCCI!
“Bila dengar je jenama pakaian Padini dan kasut wanita Vincci, ramai yang ingat ia adalah jenama antarabangsa.
“Namun tak ramai tahu, dua jenama tersebut adalah milik dan hasil kerja keras anak tempatan, Yong Pang Chaun dan isterinya, Chong Chin Lin yang hanya berpendidikan setakat sekolah menengah sahaja.
“Selepas habis sekolah, Pang Chaun terus merantau ke Singapura pada tahun 1971 untuk belajar selok belok berkaitan dengan dunia tekstil.
“Selepas beberapa tahun dia kembali semula ke tanah air dan menghasilkan pakaian wanita dengan jenama Padini.
“Isterinya yang dua tahun lebih muda, Chin Lin kebetulan datang dari keluarga yang turut sama menjalankan perniagaan pakaian. Chin Lin yang banyak membantu suaminya itu hingga sekarang.
“Kemudian kakak Pang Chaun yang paling tua, menyertai perniagaan suami isteri tersebut. Yong Lai Wah sebelum itu adalah seorang pegawai di sebuah pusat membeli-belah.
“Akhirnya dengan kapakaran Pang Chaun, isterinya Chin Lin dan kakaknya, Lai Wah, ketiga-tiganya merempuh onak duri dan dugaan dalam perniagaan sehinggalah sekarang apabila jenama Padini bukan saja terkenal di dalam negara, tetapi juga di luar negara.
“Kejayaan mereka terus MELETUP apabila mereka mencipta jenama VINCCI, produk khusus bagi pasaran wanita merangkumi pakaian, kasut dan aksesori lain pada 1986.
“Tak cukup dengan itu, mereka membangunkan pula pakaian jenama Seed, Padini Authentics, PDI, P&Co, Miki dan Brands Outlet.
Keseluruhannya mereka kini memiliki lebih 140 buah store termasuk di Kemboja, Indonesia, Bahrain, Brunei, Myanmar, Oman, Qatar, Thailand dan UAE.
“Jenama mereka juga boleh dibeli melalui platform dalam talian Padini.com.
“Siapa sangka semua jenama hebat itu adalah berasal dari Malaysia…yang pasti, pengasas dan isterinya tak pernah pun berpeluang ke universiti TETAPI berbekalkan kecekalan, keazaman dan kesungguhan akhirnya telah membuktikan tiada yang mustahil untuk berjaya.
“Dan kini Pang Chaun kini adalah antara 50 individu terkaya di Malaysia dengan hartanya dianggarkan berjumlah lebih USD265 juta.
“SALUTE!
kredit: Syahril A.Kadir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat
Be the first to comment on "“Ramai ingat ia adalah jenama antarabangsa”-Kisah Jutawan Pemilik Jenama PADINI, SEED, BRANDS OUTLET Dan VINCCI"