“Mesti Bossku rindu Caramel Macchiato” Anak sed1h tak dapat belikan “Starbucks” untuk Najib

Sudah hampir seminggu bekas perdana menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dipenjarakan selepas dijatuhkan hukuman p3njara 12 tahun dengan d3nda RM210 juta.

Buat masa ini, beliau telah dibawa ke penjara Kajang untuk menjalani huvman yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga dan juga para penyokong beliau masih lagi terus memberikan kata-kata semangat kepadanya serta yakin bahawa bekas perdana menteri itu tidak bersalah.

Terbaru, anak perempuannya, Nooryana Najwa telah berkongsi luahan hati menyatakan rasa rindu terhadap Najib lebih-lebih lagi ketika keluar berbelanja.

Menurutnya, dia berasa sangat serba salah membeli barangan keperluan harian kerana terfikir apa yang sedang dimakan oleh bapanya di dalam penjara.

Dia juga rindu untuk membelikan Caramel Macchiato di Starbuck untuk bapanya kerana mengetahui ahli politik itu sangat menggemarinya.

Nooryana turut mengatakan dia amat rindu untuk tapau makanan kepada bapanya setiap kali keluar seperti kebiasaan yang kerap dilakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, wanita tersebut ada berkongsi kembali nukilan yang disampaikan Najib menerusi tirai besi.

Najib menyatakan dirinya dalam keadaan baik dan berpeluang untuk bertemu peguam dan juga ahli keluarga mengikut jadual yang ditetapkan.

beliau turut mengatakan bahawa akan sentiasa memberikan pendapat menerusi catatan yang diserahkan kepada peguam bagi mengulas sesuatu isu.

Walaupun agak lambat, namun beliau memaklumkan akan sedaya upaya memberikan perkembangan terkini dirinya yang berada di dalam penjara.

Terdahulu, bekas perdana menteri ke-6 itu telah gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta. Oleh itu, beliau telah dihvkum penj4ra selama 12 tahun serta d3nda sebanyak RM210juta.

Sumber: Instagram yananajib

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mesti Bossku rindu Caramel Macchiato” Anak sed1h tak dapat belikan “Starbucks” untuk Najib"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*