PENYANYI Shila Amzah tampil membuat permohonan maaf selepas video memperlihatkan dia membuang gula-gula daripada mulut ketika sedang membuat persembahan menerusi Konsert Merdeka ke-65 yang disiarkan secara langsung menerusi RTM pada malam Selasa.
Tampil menjelaskan tindakan yang dilakukan itu, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 32, memberitahu dia berada dalam keadaan kurang sihat ketika mengadakan persembahan berkenaan.
“Minta maaf sebab buang gula-gula sekali lagi.
Shila jelaskan diri kurang sihat ketika membuat persembahan.
“Kesan selepas demam, makan ubat batuk, selesema dan panadol, kemudian minum kopi pada pukul 11.30 malam,” jelasnya menerusi Instagram.
Menerusi video yang tular, Shila memusingkan badan sebelum mengeluarkan gula-gula di dalam mulutnya dan melemparkan ke arah belakang pentas.
VIDEO:
View this post on Instagram
Ketika itu, Shila yang memakai busana merah sedang asyik menyampaikan lagu berjudul Khilaf Asmara.
Tindakan Shila itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat apatah lagi ia bukan kali pertama penyanyi berkenaan berkelakuan sedemikian.
“Semi final AJL36 yang lepas, ketika menyanyi lagu Pelukan Angkasa pun sama. Aduh perangai.
Kesan selepas dem4m, makan ubat batvk, seles2ma dan panadol, kemudian minum kopi pada pukul 11.30 malam
SHILA AMZAH
PENYANYI
“Shila dan gula-gula getah berpisah tiada. Sebelum nyanyi jangan makan,” komen netizen.
Terdahulu, menerusi Instagram Shila sempat memuat naik video sedang membuat persiapan majlis berkenaan dan kedengaran suaranya yang serak dipercayai kurang sihat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "[VIDEO] Buat perangai atas pentas, Shila Amzah mohon maaf selepas dikec4m"