PELAKON Nasz Sally terpaksa menerima rawatan di unit kecemasan sebuah pusat perubatan di Kelana Jaya pada Rabu lalu akibat sak1t saraf.
Menurut Nasz atau Nazurah Hanoom Hanafie, 35, dia sudah lama menghidap sak1t saraf dan keadaan menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan bahagian lehernya sukar digerakkan.
“Saya masih belum okey. sak1t urat saraf ini dah lama, cuma kali ini ia menyerang sehingga tak boleh bergerak. Rasanya badan saya ni suruh berehat.
Nasz mahu selesaikan dahulu urusan kerja sebelum menerima rawatan.
“Kelmarin (Rabu) separuh hari saya berada di unit kecemasan untuk masukkan ubat tahan sak1t pada bahagian saraf.
“Ini hanya untuk sementara sahaja sebelum saya lakukan pemeriksaan lanjut,” katanya kepada mStar.
Menurut Nasz dia masih belum mendapatkan pemeriksaan lanjut berkaitan penyakit dihadapinya itu memandangkan sekarang masih sibuk dengan jadual penggambaran.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya juga, Nasz memberitahu dia mendapatkan suntikan kedua kerana keadaan dirinya belum pulih sejak semalam.
sak1t urat saraf ini dah lama, cuma kali ini dia serang terus sehingga tak boleh bergerak. Rasanya badan saya ni suruh berehat.
NASZ SALLY
PELAKON
“Hari ini (Khamis) saya masih belum okey. Saya perlu dapatkan suntikan kedua.
“Sekarang ini masih lagi sibuk dengan penggambaran, jadi selepas selesai semua barulah saya akan berjumpa doktor untuk rawatan lanjut,” jelasnya.
Nasz sebelum ini memaklumkan dia terjaga pada pukul 4 pagi Rabu dan menyedari mula terasa sak1t sehingga sukar menggerakkan badannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Personaliti ceria Nasz Sally rupanya ada derita, alami peny4kit ini sampai tak boleh bergerak"