Rmai Doakan Bila Pelakon Tasha Shilla Britahu dah Nak Brsalin. Nma Dan Jantina Anak Turut Didedahkan

Petaling Jaya – Pelakon, Tasha Shilla bakal melahirkan cahaya mata kedua, esok secara pemb.edahan.

Istimewanya, Tasha mend.edahkan, dia bakal dikurniakan anak perempuan yang sudah dipilih nama iaitu Nayla.

Tasha atau nama sebenar, Natasha Sheila Abdul Razak, 35, yang kini s.arat hamil gembira dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi meskipun bayi belum lahir.

Sekadar info, Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk RatuThe Movie dan Klip3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Benda Baik Saya Kongsi

Alhamdulillah, kandungan sudah mencecah 38 minggu. Insya-Allah, saya akan melahirkan anak kedua secara pemb.edahan, esok. Saya bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata. Saya nak sangat anak kembar lelaki dan perempuan.

Bila ada rezeki dapat anak perempuan, saya sangat teruja dan nama pun sudah dipilih awal. Saya dan suami memang tak panggil bmaby, sebaliknya memanggil nama yang diletakkan.

“Dari anak pertama, Raees sehingga anak kedua memang kami panggil nama. Kami juga tiada m.asalah dalam berkongsi sebab saya akan bersalin, esok,” katanya.

Tasha ditemui di majlis pertunjukan fesyen sempena sambutan Plie Malaysia di sebuah premis acara di Eco City, baru-baru ini.

Terdahulu, Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH ABPBH 2011 itu melahirkan anak pertama, Raees Zander yang kini berusia setahun lima bulan.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.

Sementara itu, mengulas prinsipnya sama ada terbuka dalam berkongsi wajah anak atau tidak, Tasha tidak merasakan perkongsian wajah anak satu perkara tidak baik.

Namun, kata Tasha, dia tetap menghormati rakan selebriti lain yang tidak mahu berkongsi wajah anak.

Saya seorang yang santai dan mudah. Saya merasakan kalau benda baik, saya akan kongsi. Sekiranya sesuatu perkara boleh membuatkan seseorang gembira, mengapa tidak?.

Niat saya mahu berkongsi kegembiraan dan saya juga mendoakan mereka melihat juga dapat kegembiraan sama.

“Bagi saya, kita semua berhak bahagia. Tetapi, jika orang lain tak mahu berkongsi, saya tak nak komen. Itu hak masing-masing. Sekarang saya fokus pada diri saya, tak kisah dunia luar sebab saya memang tiada masa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tasha fokus pada keluarga terlebih dahulu sebelum kembali aktif berlakon.

“Apapun, keluarga diutamakan. Dahulu nak keluar rumah, ikut suka sahaja. Sekarang, saya sudah memiliki suami dan anak. Jadi, saya kena fikir keluarga, barulah diri sendiri,” katanya yang kali terakhir berlakon menerusi telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Mei lalu.

Kredit : BH/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : onlinemalaya.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rmai Doakan Bila Pelakon Tasha Shilla Britahu dah Nak Brsalin. Nma Dan Jantina Anak Turut Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*