Pelakon berbakat Puteri Balqis menerusi sesi podcast bersama dua pengacara membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya yang tidak diketahui ramai.
Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mendakwa bapanya seorang yang pemalas, tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video.
Selain dipukul, bapanya juga didakwa dengan selamba membuka video lucah dan mengajaknya menonton bersama. Dakwa pelakon ini lagi, dia juga sering diraba dan dicium.
TERUK LAH BAPAK PUTERI BALQIS NI!!! Time tu budak tu baru 5 tahun!! pic.twitter.com/zttsB7jxiZ
— haney (@sharifahfahani) September 4, 2022
Dakwaan yang dibuat pelakon remaja itu telah mengundang respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.
Menerusi laporan Kosmo!, Rina berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi dan dia juga hanya mengetahui dakwaan itu melalui media.
Jelasnya, jika ada laporan pihaknya bersedia memanggil pelakon remaja itu untuk siasatan lanjut.
Tambah Rina Harun, jika dakwaan itu benar, ianya amat menyedihkan kerana ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung dan membimbing anak-anak.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini, kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mngsa pendraan sksual.
Video penuh:
Komen Netizen :
Kredit : twitter, youtube,kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia