Pihak Astro Tampil Jelaskan Spaya Ramai Faham spekulasi Pserta Gegar Vaganza Bnyak Yang P0pular

Kuala Lumpur – Progran realiti GegarVaganza musim kesembilan GV9 menyaksikan penyertaan beberapa artis hebat tanah air seperti Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah ber.entap bagi merebut gelaran juara.

Bakal memberi saingan hebat pada musim kali ini termasuklah Dina Nazir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed Def GabC dan Hasrul Nizam.

Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYstar, Aida Hassan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpulan VE.

Senarai itu diumumkan oleh pihak Astro menerusi sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Gegar Vaganza musim kali ini masih mengekalkan tiga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagaimanapun JihanMuse tidak akan kembali sebagai hos bersama Nabil Ahmad ekoran baharu sahaja bers.alin bayi keduanya pada Selasa.

Penggantinya bakal diumumkan pada konsert minggu pertama GV9 yang bakal berlangsung pada 18 September ini.

GV9 akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria, Ria HD pada setiap Ahad, 9 malam.

Pihak Astro Tampil Jawab

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan penglibatan ramai penyanyi p.opular dan masih aktif pada GV9 tahun ini sebagai langkah baharu daripada konsep asal program tersebut.

Banyak penambahbaikkan yang perlu dilakukan apatah lagi GV sudah memasuki musim kesembilan, jadi kita tidak boleh terlalu statik dengan format sebelum ini.

“Penambahbaikkan perlu dilakukan supaya program ini dapat kekal sebagai rancangan hiburan nombor satu di Malaysia,” katanya.

Raqim menjelaskan pihaknya sudah membuat postmortem menerusi GV8 tahun lalu dengan penyertaan Allahyarham AdibahNoor yang pada ketika itu masih aktif dalam bidang seni.

“Kemunculan Adibah tahun lalu kita dapat lihat dari segi sambutan penonton sangat menggalakkan. Jadi tahun ini, kita tampilkan lebih banyak bintang yang masih aktif,” katanya.

Kredit : Astro/Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : onlinemalaya

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Pihak Astro Tampil Jelaskan Spaya Ramai Faham spekulasi Pserta Gegar Vaganza Bnyak Yang P0pular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*