“Disebabkan Anak Dah Pandai Cakap…” – Sharifah Sakinah Akui Penat 2 Minggu Sekali Buat Perkara Ini.

Pelakon Sharifah Sakinah menafikan dakwaan dirinya berhijrah ke Sweden selepas berkahwin dengan suaminya, Michael Hansen. Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 33 tahun itu berkata, dia tenang di sana tetapi mengakui letih apabila perlu berulang-ulik dua minggu sekali. “Sebelum ini saya cuma cakap pergi sekejap dan berulang-alik. Saya bukan jenis kacang lupakan kulit. Kehidupan saya kini tenang walaupun perlu berulang-alik begini.

“Dari empat bulan sekali, kini menjadi dua minggu sekali. Disebabkan anak dah pandai cakap dan dia tanya bila saya nak balik. “Diakui ulang-alik ni sangat penat. Kos satu perkara, lepas itu ‘jet lag’ memang ambil masa seminggu sebab saya memang disiplin kalau bab tidur. “Ia makin penat bila saya di sana tiba-tiba dengar ada kawan meninggal di sini, saya tak boleh,” katanya. Sementara itu, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah kini berada di tanah air sekali gus memanfaatkan masa dengan sebaiknya.

“Saya anggap ia bulan bersilaturahim. Maksudnya, kalau orang ajak pergi acara, majlis hari jadi, saya akan datang. Dalam erti kata lain, saya tidak bekerja dan menjalani penggambaran. “Sebab sebelum ini, kalau balik Malaysia saya akan terbabit dengan penggambaran. Waktu itu saya memang tidak ada masa dengan anak dan kawan-kawan. “Jadi, bila balik sini macam tak balik. Sebab tu orang tak perasan kalau saya balik,” ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Tambahnya, dia tidak mempunyai perancangan untuk membawa anaknya Anais tinggal bersama kerana itu sahaja cucu perempuan dimiliki oleh keluarga bekas suami, Aliff Adha. Sekadar rekod pada Oktober 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil. Pada 28 Mac 2015, beliau dan pasangannya diijabkabul dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan. Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak bernama Anais Adha.

Namun perkahwinan Sakinah dan Alif Adha hanya bertahan selama 5 tahun apabila pasangan itu mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2020. Kemuadian beliau berkahwin kali kedua bersama Michael Hansen yang berasal dari Sweden, bagaimanapun tarikh perkahwinan mereka dirahsiakan. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Mac 2021.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Disebabkan Anak Dah Pandai Cakap…” – Sharifah Sakinah Akui Penat 2 Minggu Sekali Buat Perkara Ini."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*