[VIDEO] “I nak jumpa you semula” – Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwh Siti Sarah

UCAPAN selamat ulang tahun kelahiran dari penyampai radio Suria FM, Shuib kepada isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah mengundang sebak ramai peminat.

Ketika menyampaikan ucapan itu, Shuib, 38, dilihat sebak hingga tidak dapat menahan air mata tatkala melafazkan kata-kata indah itu semasa bersiaran di segmen Morning Morning Suria.

“I sayang you. I ada impian yang cukup besar. I nak jumpa you semula, Insya Allah. Doakan i ke jalan itu.

shuib 2

Kenangan Shuib bersama arwh Sarah dan tiga orang anak mereka.

“I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy birthday Siti Sarah Raissudin,” ucapnya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sebelum itu mengucapkan selamat ulang tahun kepada semua pendengar yang menyambut hari lahir pada Khamis.

Mengimbau kenangan 11 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, Shuib menyifatkan ia adalah sesuatu yang cukup indah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

“Jika masih hidup umurnya sekarang 38 tahun. 11 tahun yang cukup indah bersama.

“Kalau dulu perkataan kenangan itu hanyalah biasa sahaja, tetapi sekarang sangat luar biasa,” ujarnya.

 

I pernah cakap nak you jadi bidadari I. Happy Birthday Sitri Sarah Raissudin

SHUIB

PENYAMPAI RADIO

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 1 tahun.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur akibat cov1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “I nak jumpa you semula” – Shuib sebak bagi ucapan sempena hari lahir arwh Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*