SELEPAS 16 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu akhirnya kembali bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat dalam linangan air mata.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Mesnun Hassan pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, Muhammad Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Antara barang hantaran yang diserahkan pihak pengantin lelaki berupa beg tangan, barangan solekan dan wangian, jam tangan dan kek.
Mas Idayu dan Muhammad Sufian sah bergelar suami-isteri pada pagi Jumaat.
Dalam pada itu, pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berona merah jambu rekaan Anas Abdullah dan solekan oleh Fazrin Wahid.
Majlis bertemakan fairytale dan Inggeris itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.
Pada 4 September lalu, Mas mengadakan majlis adat bersiram selain majlis berinai pada malam Khamis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Terdahulu, Sufian menghantar rombongan merisik Mas di kediaman keluarga penyanyi itu di Kota Tinggi, Johor pada Mei lalu.
Sufian menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya.
Menariknya mengenai perkahwinan pasangan ini, ia mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta.
Tajaan itu termasuklah lokasi majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan, katering, fotografi, set barangan kemas dan beberap busana pengantin.
Sementara itu, Mas dan Muhammad Sufian akan diraikan dalam majlis resepsi yang turut diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall pada sebelah malam.
Mas yang ditemani anaknya, Nur Dayini tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bergelar isteri.
Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mas memberitahu seperti kebanyakan pasangan lain, dia turut mengharapkan perkahwinan keduanya ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.
“Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara meriah.
“Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama, tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas 16 tahun saya hidup sendirian,” katanya.
Pasangan pengantin bergambar bersama anak-anak mereka.
Pasangan ini dijangka akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu selama dua minggu.
Untuk rekod, Mas pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun pasangan itu bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Ini Biodata Ringkas Muhammad Sufian Che Isa, Suami Mas Idayu
Siapa Muhammad Sufian Che Isa? Bakal suami penyanyi dangdut, Mas Idayu atau nama lengkapnya, Masidayu Mesnun merupakan penerbit eksekutif di stesen TV3
Pasangan itu mengenali antara satu sama lain sejak mereka sama-sama terlibat dalam program realiti nyanyian, Mentor 3 pada 2008, namun hubungan yang dijalin bertukar menjadi hubungan serius sejak beberapa bulan lalu. Ia bermula daripada usikan rakan penyanyi itu ketika terbabit dalam rancangan Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.
Menurut Mas Idayu, dia tidak menyangka jodohnya itu datang daripada golongan individu yang sentiasa berurusan kerja dengannya.
Nama penuh: Muhammad Sufian Che Isa
Nama komersial: Sufian Che Isa, Sufian Isa
Umur: 51 tahun
Tarikh lahir: 9 November 1971
Pendidikan: Kelulusan Degree Jurusan Komunikasi Massa (Penyiaran)
Tempat tinggal: Kuala Lumpur, Malaysia
Selain itu, difahamkan keluarga Sufian berasal dari negeri Pulau Pinang.
Mas Idayu tak menaruh harapan tinggi soal zuriat
Penyanyi Mas Idayu, 50, sudah lama berhasrat menimang anak lelaki tapi tidak menaruh harapan tinggi mendapat zuriat lagi pada usia sekarang.
Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, berkata bakal suaminya juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, tidak memaksa pun dalam hal itu.
“Sebenarnya dari dulu saya memang idamkan nak anak lelaki yang sekian lama juga belum dapat milikinya. Nak ikutkan, saya boleh dan tiada masalah sebab baru ada seorang anak dan tak pernah pun ada masalah lain.
“Tapi saya takut juga ada yang cakap risikonya tinggikan. Jadi, bakal suami pun tiada masalah mengenai hal itu. Sekarang ini, kita cuma nak hidup bahagia sebagai satu keluarga. Jadi, itu tak penting,” katanya.
Penyanyi Senggol Senggolan, Cubit Cubitan itu memang tidak menolak rezeki kalau ada. Tapi dia kalau boleh memang ingin elakkan kerana baginya kesihatan lebih utama.
“Sebenarnya ada juga doktor cakap saya tiada masalah sebab anak baru seorang. Tapi itulah nak elak risiko. Selalunya wanita yang hamil pada usia 40-an, tiba-tiba timbul pelbagai penyakit dan itu yang kita tak nak,” katanya.
Selepas lebih 17 tahun bergelar ibu tunggal, Mas Idayu berkongsi dirinya memang dicengkam rasa kesunyian sejak beberapa tahun lalu. Dia teringin kembali bertemu teman hidup.
“Saya terdetik nak ada pasangan hidup selepas dua tahun kebelakangan ini terasa sangat sunyi. Terfikir tak ada kawan, macam bosan.
“Dalam masa itu, saya solat minta doa dengan Tuhan, ada tak jodoh saya sebelum pergi? Saya doa dapat teman hidup terbaik kerana sekarang saya macam nak ada kawan,” katanya.
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat
Be the first to comment on "Linangan air mata iringi majlis pernikahan, Ini pekerjaan sebenar Suami baru Mas Idayu"