Kuala Lumpur – Lagu Gemilang yang berusia 18 tahun dinyanyikan juara MalaysianIdol, Jaclyn Victor, sebagai penutup tirai konsert minggu pertama Gegar Vaganza 9 GV9 yang mula bersiaran dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA pada Ahad.
Penuh bersemangat dan bak menyuntik inspirasi pada malam hari.
Ia menjadi medley bersama satu lagi laguhit Jaclyn, Di Bawah Pohon Asmara.
Tenaga dan keikhlasan Jaclyn membawa dua lagu tersebut ternyata mem.ukau barisan pengadil yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Rahimah Rahim, dari Singapura.
Jaclyn, 43 tahun, mendapat 88.4 peratus mata, dan sekali gus mendahului 12 peserta lain.
Di tempat kedua adalah naib juara One In A Million Musim Kedua dan juara AsianWave di Shanghai, China, Shila Amzah 85 peratus manakala tempat ketiga jatuh pada juara One In AMillion Musim Ketiga, Tomok 84.1 peratus.
Tempat keempat milik naib juara MalaysianIdol, Dina Nadzir 83.8 peratus disusuli dengan finalis Akademi Fantasia 2 dan AF Megastar 2017, Bob Yusof 83.6 peratus, di tempat kelima.
Peserta Singapura Fuad Rahman yang menyanyikan laguhit beliau Bila Rindu berada di tangga ke10 dengan markah 63.7 peratus manakala pelantun lagu Kaulah Segalanya, Hazrul Nizam pula menerima 56.2 peratus di tangga ke13.
Adeep Nahar, penyanyi kelahiran Singapura, yang bertanding bersama kumpulan VE pula di tangga kelapan dengan markah 67.1 peratus.
Awalnya, sebilangan warganet mempert.ikai penyertaan penyanyi yang masih lagi aktif menyanyi seperti Jaclyn dan Shila dalam peraduan ini.
“Jaclyn memilih ruang yang tepat untuk berkarya di Gegar Vaganza 9 untuk terus kekal relevan,” kata Datuk Ramli MS ketika mengulas persembahan Jaclyn yang pernah memenangi pingat emas pada Peraduan Penyanyi BaruAsia di Pesta Muzik Shanghai, China, pada 2005.
Shila, 32 tahun, pula disifatkan Ramli sudah m.atang dan mampu mengawal suaranya dengan baik.
“Awak masih muda lagi perjalanan masih panjang. Saya harap awak dapat lengkapi terus diri awak dengan ilmu v.okal agar boleh pergi jauh lagi dalam bidang seni,” kata Ramli.
Tomok, 38 tahun, yang bermula sebagai vokalis kumpulan remaja New Boys pada tahun 1990an pula didapati Hetty mempunyai penghayatan yang baik tetapi dipesan agar terus berjuang dan tidak mudah berpuas hati.
Syafinaz menambah: “Tomok dari dahulu terbukti memiliki semangat juang dan tidak mudah mengaku k.alah.”
Fuad, 43 tahun, dan Hazrul, 42 tahun, dinasihati Syafinaz agar tidak gementar dengan tidak terlalu memikirkan khalayak ramai di hadapan mereka mahupun juri.
“Saya perlu mencari di You.Tube siapa Fuad Rahman dan apabila mendengar suara awak, saya terfikir wow ini bukan peserta yang harus kita u.nderestimate. Tapi saya kesan tadi suara ada sedikit gementar. Tak perlu t.akut.
“Ada ramai peminat di Singapura yang mengharapkan dan menyokong awak Fuad jadi untuk minggu-minggu mendatang, saya harap awak berikan yang terbaik untuk mereka,” kata Syafinaz.
Antara Reaksi Warganet
“Jaclyn Victor dah t.rending di Twitter sekarang. Jaga diri dan angkat trofi GV9!”.
Tidak kurang pula yang tanya apakah persembahan minggu pertama ini sudah sampai ke kemuncak peringkat akhir sebab b.ahangnya lain macam.
Ada pula yang menambah: “Ini Anugerah Juara Lagu AJL atau Gegar Vaganza GV?”.
Kredit : SG/FB
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Nampak Dah Finalis. Ini Markah Penuh Gegar Vaganza Mnggu Pertama buat ramai terkejut"