“Tak Tahan Dah…” – Tak Sangka! Siti Nurhaliza Terpaksa Lakukan X-Ray

Panyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza, 42, mendedhkan bahawa dia kini berdepan masa.lah Bronkitis (sesak dada).

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Siti akur apabila dia terpa.ksa melakukan ujian imbasan X-ray disebabkan masalah batuk yang kerap dihadapinya sejak beberapa hari lalu.

“Baik X-ray ya, tak tahan dah batuk-batuk tengah malam,” tulisnya ringkas.

Hasil ujian imbasan X-ray tersebut, pelantun lagu Purnama Merindu itu memaklumkan dia disa.hkan mengalami masa.lah Bronkitis.

Jelas Siti, masalah tersebut terjadi akibat kesan daripada jangkitan cov1d-19 yang dialaminya pada Ogos lalu.

Susulan daripada itu, Siti turut memaklumkan dia terpaksa menggunakan bantuan inhaler selain dibekalkan beberapa jenis ubatan untuk dimakan oleh pihak doktor.

Sekadar info, Bronkitis merupakan keradangan pada salur udara besar yang mengalirkan udara dari trakea ke bahagian distal parenkima paru-paru. Bronkitis terdapat dalam dua kategori iaitu akut and kro.nik.

Bronkitis akut dicirikan dengan timbulnya batuk dengan atau tanpa penghasilan kahak. Bronkitis akut sering berlaku dalam penyakit bervi.rus yang akut seperti selesema atau influenza.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak Tahan Dah…” – Tak Sangka! Siti Nurhaliza Terpaksa Lakukan X-Ray"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*