Kuala Lumpur – Tidak sampai setahun berc.erai, penyanyi Ashira Aziz mengakui pintu hatinya kembali terbuka untuk mengenal hati budi seorang lelaki bernama Fairul Ezuan.
Meskipun begitu Ashira, 37, memberitahu masih belum bersedia untuk kembali bergelar isteri dalam tempoh terdekat dan memilih untuk berkenalan lebih rapat dahulu dengan Fairul.
“Ya, dia istimewa dan kami sedang berkawan namun masih belum terfikir untuk ke arah lain. Biarlah kami berkawan dulu dan tak mahu terlalu terburu-buru merancang fasa lain iaitu perkahwinan,” katanya.

Tambah pemilik nama penuh Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz itu, kegagalan rumah tangga terdahulu meninggalkan l.uka dan t.rauma yang belum sembuh.
“Kegagalan rumah tangga saya sebelum ini buatkan diri masih t.rauma. L.uka lama pun masih berbekas,” kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu.
Berkongsi kepada umum, ibu tunggal itu mengakui, Fairul merupakan lelaki yang pernah diminatinya pada usia remaja.
“Saya sudah kenal dia semasa umur 14 tahun dan dia c.rush lelaki diminati pertama dalam hidup. Kemudian kami bertemu semula pada Ogos lalu di sebuah premis saya membuat persembahan dan dia juga abang kepada s.alah seorang anggota band saya,” ujarnya.
Akuinya, perasaan sayang terhadap Fairul masih bersisa dalam diri dan percaya dengan segala perancangan yang diatur Tuhan.
Tambahan pula, anak lelakinya, Megat Sahzril,16, turut merestui hubungan baiknya dengan Fairul.

Mungkin Tuhan telah aturkan kami untuk bertemu semula. Sejujurnya rasa sayang masih ada dan sepanjang tempoh kami kembali berkawan ini, dia buat saya gembira.
“Alhamdulillah anak saya juga tiada m.asalah dengan perkara ini dan dia gembira melihat saya bahagia,” ujarnya lagi.
Reaksi Dari Bad Indigo
Ikatan perkahwinan di antara Bad Indigo dan Ashira mungkin sudah terlerai namun penyanyi itu kelu apabila mendapat perkhabaran bekas isterinya itu sudah bertemu pengganti.
Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, berkata, meskipun sudah berc.erai namun perasaan sayang terhadap Ashira masih ada malah berharap mereka dapat kembali bersama sekiranya diberi peluang.

Ketika kami buat video umum penc.eraian sebelum ini pun saya pernah kata masih sayangkan dia. Saya mahu lihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali bahagia.
“Namun Allah telah tentukan jodoh kami tak panjang. Memang terkejut apabila dapat tahu dia sudah membawa hati dengan orang lain. Saya pun tak boleh cakap banyak mengenainya kerana t.akut mengganggu kebahagian orang lain. Kita hanya merancang, Allah tentukan segala-galanya,” katanya.
Bad sebelum itu ada membuat satu hantaran di Instagram miliknya yang meluahkan rasa kecewa dengan berita tersebut.
Dalam pada itu, Bad berkata, meskipun hatinya masih belum pulih daripada penc.eraian mereka namun dia reda dengan ketentuan Allah selain mendoakan kebahagiaan bekas isteri.
“Hati ini pun masih belum pulih lagi sepenuhnya. Saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk kuatkan diri dan perkongsian saya di media sosial itu hanya sekadar meluakan apa yang dirasai ketika ini.
“Takut juga jika ada yang s.alah anggap. Sekarang ini saya berusaha meneruskan kehidupan dan pada masa sama saya sentiasa mendoakan Ashira bahagia,” ujarnya.
Bercakap soal jodoh, Bad tidak berharap mana-mana wanita untuk jatuh hati kepadanya memandangkan keadaan dirinya yang kini berkerusi roda akibat dia.betes.
Terus terang saya katakan, saya tidak mahu susahkan orang lain dengan keadaan diri saya sekarang. Jadi memang tak terfikir untuk kembali bertemu jodoh.

“Rasanya mana-mana wanita pun akan fikir dua tiga kali melihat keadaan saya. Semuanya terbatas,” katanya.
Untuk rekod, Bad dan Ashira melangsungkan perkahwinan pada 11 Mac tahun lalu namun pasangan itu mengumumkan pence.raian mereka pada Jun lalu.
Bad yang bergelar bapa tunggal sejak 2010 mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Rayyan, 13 dan Rania, 12 tahun.
Manakala Ashira yang berstatus ibu tunggal sejak 2015 memiliki seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 16 tahun.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Ini Kata Kata Bad Indlgo Lepas Bekas Isteri Beritahu Sudah Temui Pengganti Baru Buat Rmai Trkejut"