Kuala Lumpur – Sudah tiga minggu bersiaran, kemunculan pengacara dan pelakon Elly Mazlein sebagai hos G.egar Vaganza musim ke9 ternyata mendapat reaksi positif daripada penonton yang memuji caranya mengendalikan p.rogram tersebut.
Malah, gelagatnya di atas pentas yang sentiasa k.ecoh dan s.porting turut menjadi perhatian ramai.
Tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina dilihat sedang menari.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber ternyata hos GV9 iaitu Kak Lina atau Elly Mazlein terpalit k.ontroversi pada minggu ini apabila dia dida.kwa menganggu persembahan peserta sehingga ada yang kurang senang dengan ti.ndakannya pada minggu ini.
Namun begitu, pihak Astro bagaimanapun memberikan respon tentang hal itu dengan berkata bahawa apa yang dilakukan oleh Kak Lina Pompom sebagai hos GV9 adalah spontan dan tidak dikawal.
Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari berkata pihaknya mendengar dan mengambil kira setiap luahan daripada penonton.
Reaksi Dari Jaclyn Victor
Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui tidak terga.nggu dengan kehadiran pengacara Gegar Vaganza GV musim ke9, Elly Mazlein ketika sedang menyanyikan lagu Perawan Atau J.anda pada persaingan minggu ketiga, malam tadi.
Jelas Jaclyn, dia sengaja mengajak Elly atau lebih mesra dipanggil Kak Lina ke pentas untuk berd.angdut sama kerana pengacara itu pernah menyanyikan lagu tersebut ketika GV musim ketiga.
Demikian pengakuan penyanyi Jaclyn Victor berhubung k.ritikan t.eruk netizen terhadap Elly Mazlein susulan bertindak menari di tengah pentas sewaktu menjayakan persembahan konsert mingguan Gegar Vaganza musim kesembilan GV9 malam tadi.

Dia tidak k.acau pun, tetapi comel. Saya tergelak bila tengok muka dia seperti tidak berpuas hati sebab terlalu sekejap.
Dia tidak tahu sebenarnya. Memang saya rancang ajak Kak Lina ke pentas sebab dia pernah membawakan lagu itu dulu.
“Saya risau juga takut markah dip.otong selepas tergelak. Tetapi, saya tidak boleh tahan sebab wajah Kak Lina ketika itu memang lawak,” katanya.
Pada konsert minggu ketiga itu, Jaclyn menduduki tempat kelima, manakala rakan peserta, Haida terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas diumumkan tersi.ngkir.
Sementara itu, juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat berkata, dia tidak akan mengh.ukum peserta yang terganggu dengan faktor luar yang bukan dalam kawalan mereka.
Bagi saya, itu tidak mempengaruhi markah peserta, malah menunjukkan prof.esionalisme seseorang penyanyi mengawal situasi tidak dijangka.
“Kak Lina sangat kelakar dan dia tidak menganggu tumpuan saya ketika menjurikan persembahan. Malah, Jaclyn juga berjaya kawal situasi dengan baik.
“Dia tahu batas sebagai pengacara. Tetapi, itu pendapat saya, juri lain tidak tahu. Tetapi, kalau peserta terg.anggu disebabkan faktor luar, kita tidak akan hu.kum mereka,” katanya.
Kredit : Kosmo/IG
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Jaclyn Victor Akhirnya Britahu Apa Yang Dia Rasa Bila Elly Mazlein Menari Masa Dia Tengah Menyanyi"