Didakwa H4milkan Gadis, Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Tampil Cerita Perkara Sebenar

Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan menerusi edaran DM Instagram yang mengatakan anaknya itu berkahwin secara diam-diam setelah mengh4milkan seorang wanita.

Suliza berkata, dia dan Ismail ada menerima DM yang serupa dan berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan yang tidak berasas berkenaan.

“Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ da gambar berkenaan dirakamkan.

“Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang s4man kita pula.

“Yang hantar DM ni mungkin dia sakit hati ke apa… Kita nak jaga sensitiviti kita tahan je hati ni bila orang fitnah kita,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Suliza mengulas mengenai edaran DM yang mengatakan Ismail berkahwin dengan seorang wanita kerana melakukan seks rambang sehingga wanita tersebut h4mil.

Dalam pada itu, Suliza menambah, Ismail tidak melenting apabila mendapat tahu tentang edaran DM berkenaan.

“Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan… yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

“Tapi dia relaks je… katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Anak saya kata kalau dia sebut benda baik tak apa, tapi ni melibatkan anak orang. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.

“Dia takda masalah nak buat seks rambang, dia pun ada agama,” ujar Suliza lagi.

Ditanya adakah Ismail kini sedang menjalinkan hubungan atau masih single, Suliza menjawab: “Selagi dia belum bertunang atau berkahwin, dia single… Tapi tanya jelah dia,” katanya sambil tertawa.

Ismail Izzani, Shalma Eliana dah putus, buang cincin dalam sungai

Sebelum ini Penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani mendedahkan hubungan cintanya dengan kekasih hati yang juga penyanyi, Shalma Eliana kini sudah berkecai.

Ismail berkata, dia dan Eliana sudah membawa haluan masing-masing dan kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.

“Ya, hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Lagipun saya ada banyak lagi perkara yang saya nak terokai dan jalani. Begitu juga dengan Eliana.

“Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang berlaku dan saya ingin lebih mengenali diri saya dengan lebih mendalam,” katanya pada program Melodi, baru-baru ini.

Menurut Ismail, dia mengaku ada membuat kesilapan sehingga hubungan percintaan mereka berakhir. “Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. ‘I messed up’.

“Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Eliana reda apabila hubungan mereka tidak dapat diselamatkan selain menganggap mereka masih lagi muda.

“Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang. Walau apa pun yang terjadi di antara kami, tiada apa-apa kerugian pun,” katanya.

Ditanya bagaimana dengan segala hadiah termasuk cincin berlian yang pernah diberikan Ismail sebelum ini, Eliana berkata, cincin itu sudah tiada lagi bersamanya.

“Dia selalu bagi saya hadiah dan begitu juga dengan saya. Jadi saya rasa perkara itu adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.

“Lagipun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku,” katanya.

Mengajukan soalan itu kepada Ismail, dia memberitahu dia dan Eliana bersepakat untuk membuangnya ke dalam sungai.

“Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Satu hari saya dan Eliana ada pergi berkhemah bersama beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah detiknya.

“Walaupun ia adalah detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga adalah perkara yang terbaik untuk Eliana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Didakwa H4milkan Gadis, Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Tampil Cerita Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*